"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."
DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu. Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi(penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika itu berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua,mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India,wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal. Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka sanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpin berpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.
Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.
KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang”.al-Ahzab:21
Umum masyarakat Islam tahu bahawa Nabi Muhammad SAW, telah dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam(Yaman). Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al-Fil yang bermaksud;
"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah”.al-Fil:1
sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar.
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu daripada tanah yang dibakar(sijjil).Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)".al-Fil:4,5
Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi yang normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba-tiba.Dan apabila nabi berpaling ke arah ibukota Rom,istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu. Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.
Perkara pelik yang berlaku merupakan mukjizat kenabian yang ALLAH tunjukkan bagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.
KISAH PENYUSUAN
Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak-anak yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas. Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang-orang Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi-bayi dari bangsa Quraisy untuk upah penyusuan. Dalam rombongan bani Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskin yang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah Siti Aminah.Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi yang lain tetapi hampa,lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong,di mana mereka hendak cari rezeki lagi,mereka juga membayangkan betapa malunya kepada ahli rombongan yang lain kalau mereka balik dengan tangan kosong.Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan.Takdir ALLAH SWT mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu,Halimatun Sa'adiah teruskan jua.Di saat beliau mendukung Muhammad SAW,terus beliau merasakan suatu kelainan.Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimatun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba-tiba menjadi kuat dan cergas.
Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu,ternakan mereka beranak-pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur.Orang-orang kampung mula bercakap tentang keberkatan Muhammad SAW, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari,ketika nabi bermain dengan kawan2nya,datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh.Ketika itulah dada Nabi Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan hatinya untuk dibersihkan dengan air zam-zam. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, Halimatun Sa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya dan memutuskan untuk menghantar Muhammad SAW,kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah Halimatun Sa'adiah.
NABI YATIM PIATU
Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun,Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib,bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa.Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu.Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun,Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam,mereka bertemu dengan seorang pendeta Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil.Pendeta itu memberi peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Nabi dan kalau Yahudi dan Nasrani mengetahuinya,nescaya mereka akan membunuh Nabi. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an yang maksudnya"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri"
PENGAJARAN/IKTIBAR
1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW,waktu lahir hinggalah dibesarkan menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan dugaan.Menjadi anak yatim pada usia yang mentah memang satu dugaan yang besar.Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap Nabi disaat kelahiran dan sepanjang zaman kanak baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH SWT utuskan.ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat yang berniat jahat terhadap Nabi Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah.
3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.
4.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman-Nya;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul ,maka ambillah.Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah"
5.Kita juga sepatutnya menghayati sifat yang ada pada diri Rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya oleh sahabat bagaimanakah akhlak nabi,maka dijawabnya bahawa akhlak nabi ialah al-Qur'an.
6.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan Rasulullah SAW,dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.
SALAM MAULIDUR RASUL