Kedamaian terasa ketika sujud di lantai Masjidil Aqso.MasyaAllah..Pemandangannya yang cukup indah dan menenangkan jiwa..Perasaan yang sama ketika menunaikan solat di Masjidilharam...sungguh indah dan tenang.
Nabi saw bersabda yang bermaksud :
اSolat di masjid al-Aqsa menyamai pahala 500 solat di masjid-masjid yang lain selain masjid Haram dan masjid Nabawi.
(hadis sahih Bukhari dan Muslim)
dan
Dari Jabir ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Satu solat di masjid aku lebih afdhal daripada 1,000 solat di Masjid-masjid yang lain, kecuali masjidi haram (di Mekkah), dan satu solat di masjidil haram pula lebih afdhal daripada 100,000 solat di masjid-masjid yang lain"
-(HR Imam Ahmad- hadis soheh)
Persekitaran Masjid Aqso dan kubahnya.. |
Masjid Al-Aqso adalah tempat suci Islam di di kota lama jerusalem.Islam sebelum akhirnya dipindahkan ke Baitullah sekarang. Di tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadits shahih disebutkan sebagai salah satu daria tiga masjid yang dianjurkan untuk diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqso.
Perjalanan masuk ke pintu masuk masjidil Aqso |
Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ataupun boleh dibaca dengan ‘Baitul Muqaddas’ telah dibina sezaman dengan pembinaan Masjidil Haram di Mekah. Masjidil Haram dibina sebelum zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam, bahkan asasnya telah wujud sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis menceritakan kisah Nabi Ismail Alaihissalam.
Tiang asal pembinaan Masjidil Aqso oleh Nabi Sulaiman |
Masjid Al-Aqsa yang dulunya dikenal sebagai Baitul Maqdis, merupakan kiblat solat umat Islam yang pertama sebelum dipindahkan ke Ka’bah di dalam Masjidil Haram. Umat Muslim berkiblat ke Baitul Maqdis selama Nabi Muhammad mengajarkan Islam di Makkah (13 tahun) hingga 17 bulan setelah hijrah ke Madinah. Setelah itu kiblat solat adalah Ka’bah di dalam Masjidil Haram, Makkah hingga sekarang.
Masjid Al-Aqsa saat ini adalah masjid yang dibangun oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari zaman Umayyah (Dinasti Bani Umayyah) pada tahun 66 H dan selesai tahun 73 H.
Walaupun Al Quran tidak menyebut mengenai nama “Yerusalem” atau “Baitulmuqaddis“, tetapi ada hadis yang menyebut mengenainya. Menurut hadis sahih, adalah di Yerusalem Nabi Muhammad s.a.w. naik ke surga semasa peristiwa Isra’ Mi’raj.
Kota itu kemudian dikuasai oleh angkatan tentara Islam pada tahun 638M. Umar bin Khattab secara pribadi pergi ke Yerusalem untuk menerima penyerahan Yerusalem kepada kerajaan Islam. Beliau kemudian ditawarkan solat di dalam Church of the Holy Sepulcher tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan memerintahkan agar dibersihkan.Beliau kemudian membangun sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al Aqsa.
Masjid Kubah As-Sakhrah |
Peristiwa Bersejarah pada 21 Ogos 1969 di mana seorang bangsa Yahudi warga Australia, Denis Rohan, telah mengambil tindakan membakar Masjid al-Aqsa.
Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah.
Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa diBaitulmuqaddis dalam sekelip mata.
Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda.
Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata “Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar“. Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.
Tempat ini dikatakan turunnya buraq yang membawa rasulullah ketika peristiwa israk dan mikraj |
memang ramai yang bertanya dan berminat dengan kisah batu ini. Namun ianya hanya dongeng semata-mata. Beliau sendiri tidak tahu bagaimana kisah seperti itu tersebar dikalangan orang Islam.
Memang terdapat batu besar di tengah tengah masjid ini (seolah-olah seperti batu Safa Marwah di Mekah, terdapat sebuah terowong untuk turun ke bawah, di bahagian bawah ini terdapat tempat sembahyang untuk kira-kira 20 orang.wallahua'alam...
Mimbar yang dibina semula |
Palestin, Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan yang terhormat di hati kaum Muslimin seluruh dunia. Pada 21 Ogos 1969, Dennis Michael (yahudi Australi) telah membakar Majidil Aqsa. Api yang besar telah membakar ruang-ruang masjid, dinding, tembok dan termasuklah mimbarnya yang bersejarah bagi umat Islam, Mimbar Salahuddin, mimbar yang pernah digunakan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi untuk berkhutbah setelah berjaya membebaskan Palestin dari tentera salib. Dengan bantuan Allah, api dapat dipadamkan dan Masjid Al-Aqsa masih dapat dilihat dilihat sehingga ke hari ini.
Pengajian selepas solat maghrib.. suasana yg sungguh menenangkan.. |
Bahagian dalam Masjidil Aqso |
Tembok Meratap atau Tembok Barat ialah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Raja Salomo (Nabi Sulaiman a.s.), putera Nabi Daud. Bait Suci itu hancur ketika Israel diserbu tentara Rom pada tahun 70 Masihi.
Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja.
Orang Kristian dari seluruh negara datang beribadat disini |
Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah berdiam "Shekhinah" (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi). Jadi, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.Tembok ini dulunya dikenal hanya sebagai Tembok Barat tetapi kini disebut "Tembok Ratapan" kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan.
Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.
Dinding ini dibahagi dua dengan sebuah pagar pemisah untuk memisahkan laki-laki dan perempuan. Orang Yahudi Ortodoks percaya bahawa mereka tidak boleh berdoa bersama-sama dengan kaum perempuan.
Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar (Qubbat As-Sakhrah) serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.
Jadi, apa pendapat korang tentang tembok ini? Apa pula kaitan dengan facebook? ada kaitan?
Gereja di bahagian dalam wastern wall |
Holy water |
Replika kelahiran Nabi Isa |
Bagaimana keadaan saudara-saudara kita disana. Kita disini hidup senang, sedangkan mereka di sana serba kekurangan. Mari kita sama-sama mengingati dan menginsafi keadaan mereka di sana.
Kini, bumi Palestin yang dahulunya luas terbentang, hanya tinggal sekangkang kera. Berjuta umat Islam telah dihalau keluar dari bumi kelahiran mereka sendiri. Bumi anbia' itu hanya menanti dan menunggu tindakan kita. Adakah kita ambil tahu mengenainya atau buat bodoh je. Saidina Umar dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi telah berusaha keras berjuang membebaskan Palestin. Kenapa tidak kita ?
bersyukur padaMu Ya Allah kerana negara ku ini masih lagi aman. Tapi, kebebasan Palestin, tetap akan ku perjuangkan...Kerana Allah kita mara...
~kena buka purdah time imigresen di israel memang pengalaman yg sangat....@#@#%^&*.~
~banyak kali plak tu dya suruh buka,so hati2....= ='~
kota lama palestin |
keperitan hidup umat Islam..semoga mengambil 'ibrah dalam setiap perjalanan dan penerokaan..
wassalam...:)