"Tidaklah ditekankan untuk berziarah kecuali untuk mengunjungi tiga masjid, Masjidil Haram, Masjid Rasul shallallahu 'alaihi wasallam dan Masjidil Aqsha"
Ana rasa sangat bertuah kerana diberi peluang tuk melawat ketiga-tiga tanah haram di usia yang muda.Tanggal 20 Januari 2012 merupakan hari keberangkatan ana ke bumi Palestin.Sebuah tempat yang ana nanti-nantikan sekian lama.
Oleh itu ana harap tidak ada mana-mana pihak lagi menyebut Israel atau negara Israel atau orang Israel tetapi gunalah perkataan Yahudi kerana Israel adalah nama yang mulia.
Oleh kerana Israel nama yang mulia dan disebut oleh ALLAH dalam al Quran maka masyarakat Yahudi tidak menamakan negara yang mereka rampas sebagai " Yahudi " atau " Yahuda " atau " Zion ' , tetapi meeka menamakannya dengan Israel supaya masyarakat dunia memuliakan mereka sebagai zuriat Nabi Yaa`qub `alaihis salam. OLeh itu kita sebagai umat Islam wajar memanggil mereka dengan " orang Yahudi ".
Begitu juga sepatutnya kita memanggil negara yang mereka rampas sebagai Baitul Maqdis, bukan Israel. Begitulah pandangan ulama besar diantaranya guru saya Sheikh al `allamah `Umar Muhammad Al Fualaatah. WALLAAHU `AA`LAM.
Ada beberapa ulama yang mengharamkan melawat Baitul Maqdis kerana kata mereka Baitul Maqdis terletak dibawah naungan Yahudi , mungkin wang cukai yang kita bayar kepada mereka digunakan untuk menyerang rakyat Palestine. Antara ulama yang berpendapat demikian ialah Dr Yusuf AlQaradhawi.
Ada sebahagian lagi ulama diantaranya sebahagian ulama` Jordan mengatakan tidak haram kerana inilah satu-satu peluang kita seumur hidup untuk melawat Baitul Maqdis kerana apabila kerajaan mengharamkan melawatnya kita tidak ada peluang lagi . Sejak tahun 1967 apabila seluruh Baitul Maqdis jatuh ke tangan Yahudi laknatullaah dalam peperangan 6 hari rakyat Jordan tidak lagi boleh melawat Baitul Maqdis , yang mana sebelum itu Baitul Maqdis timur atau Old Jurusalem terletak dibawah pengawasan atau kawalan kerajaan Jordan. Manakala New Jurusalem pula didalam kawalan Yahudi. Ini agak pelik ya! Baitul maqdis lama sebenarnya ialah sebuah kota lama seluas 11 kilometer persegi. Didalam kota ini terletaknya Masjid Umar ( Dome of The Rock ) , Al Masjidil Aqsa dan juga tempat suci golongan Yahudi iaitu Wailing Wall, juga tempat-tempat suci penganut agama kristian. Jadi Kota lama ini terletak dibawah penguasaan kerajaan Jordan . Yang berkawal dalam kota ini adalah askar-askar Jordan. Manakala di luar kota pula dikawal oleh tentera-tentera Yahudi Laknatullaah `alaihim.
Perjalanan dari irbid yang memakan masa hanya lebih kurang sejam lebih sambil menghayati panorama indah sepanjang perjalanan |
90% daripada orang yang melawat Baitul Maqdis adalah terdiri daripada orang Kristian dari seluruh dunia. Bagi orang Kristian ini adalah kawasan suci mereka. Mengikut kepercayaan mereka, di kawasan inilah Nabi Isa disalib dan disinilah juga makam Nabi Isa.
Bagi kita orang Islam pula, tempat ini adalah Kiblat pertama orang Islam iaitu Masjid Al-Aqsa dan perkara penting yang kedua adalah peristiwa Nabi naik ke langit dari tempat ini sewaktu peristiwa Israk Mikraj, proses imigrasi memakan masa kira-kira 2 jam. Namun mengikut cerita yang ana dengar ia boleh memakan masa sehingga 6 jam lamanya. Ada pula cerita orang yang tidak dibenarkan masuk langsung.
Kami melalui kawasan padang pasir yang dipanggil “no man’s land” dan kemudian bukit bukau dan setelah kira-kira dua jam
No man's land hanya bukit bukau dan padang pasir |
Nabi Musa digelar 'Moses'...Pada awalnya,ceritanya hampir sama dgn cerita yg dikatakan oleh org Islam..Sehinggalah isteri Firaun memberi tahu tentang dia berjumpa Nabi Musa(Moses)...mengikut Kristian,Firaun dgn sukacitanya menerima Moses untuk menjadi anak angkatnya...
Sebelom Moses menyebarkan agama,bapanya telah mati dan digantikan oleh anak kandung Firaun...Anak kandong Firaun ini adalah kwn yg paling rapat dgn Moses ketika kecil..
Setelah Moses menyebarkan agama,Firaun(anak kandung bapa angkat Moses) memanggil org2 untuk mengejar Moses dan pengikut2 nya..
Moses membelah laut menggunakan tongkatnya...mereka melaluinya..Kemudian Moses menutup balik laut itu dan tengelam lah Firaun bersama org2..
Mengikut kepercayaan kristian ini merupakan tempat nabi musa naik ke langit.. dan mereka akan mengkucup tempat ini... |
Seterusnya ana dibawa melawat ke makam Rabiatul Adawiyah dan Nabi Ibrahim a.s serta Nabi Yusuf a.s
Subhanallah..teringin sekali menjadi seperti Rabiatul Adawiyah |
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang bila disebut amaAllah,gementar hati mereka, dan bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah imannya. Dankepada Tuhannya mereka bertawakkal,”
Menurut seorang ulama seangkatan dengan Rabiatul Adawiyah, Sufyan Thauri, seorang ulama hadis yang sangat alim pada masa itu, orang yang terhindar dari kesenangan duniawi,maka ia tidak suka memakai pakaian yang mewah dan mahal. Tambah beliau, inilah yangdiamalkan oleh ahli sufi [Rabiatul Adawiyah].
Dengan adanya kenyataan yang dibuat oleh Sufyan Thauri, jelaslah bahawa Rabiatul Adawiyah telah mengosongkan hatinya dari segala-galanya kecuali yang dikasihi.Beliau telah menyerahkan seluruh dirinya pada Pencipta yang Maha Esa. Dan kerana cintanya yang begitu mendalam, beliau tidak peduli akan kekayaan dunia. Apa yang lebih penting adalah untuk menempatkan diri lebih dekat di sisi Allah S.W.T.
Nabi Ibrahim a.s dan isteri baginda Siti Sarah
Makam Nabi Ibrahim |
Baginda datang ke Hebron dengan sepupu baginda Nabi Lut a.s. Mereka berdua adalah ahli perniagaan yang berjaya.
Sesampainya ke Hebron, baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah manakala Nabi Lut a.s telah melanjutkan perjalanannya ke Kota Sodum (tapak laut mati sekarang).
Nabi Ibrahim kemudiannya ke Mesir. Sampai di Ber Siva ini baginda bertemu dengan seorang raja yang akan suka meniduri isteri orang. Ketika ditanya kepada Nabi Ibrahim, adakah Sarah isterinya, maka Nabi Ibrahim menjawab bahawa Sarah ialah adiknya. Maka pasangan ini tidak digangu. Selepas beberapa ketika di Mesir, maka Nabi Ibrahim kembali ke Hebron. Sekembalinya ke Hebron baginda berkahwin pula dengan Siti Hajar.
Dari Siti Hajar lahirlah Nabi Ismail dan dari Siti Sarah lahirlah Nabi Ishak. Nabi Ismail kemudiannya dibawa ke Mekah bersama ibunya. Dari keturunan Nabi Ismail lahirlah bangsa Arab.
Makam Siti Sarah |
Nabi Ishak masih tetap di Hebron. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Rifqah (Rebecca) dan mendapat anak bernama Ya'kub. Nabi Ya'kub inilah bapa kepada Bani Israel.
Nabi Ya'kub berkahwain dengan Liqiyyah (Liyah) mendapat anak seramai 12 orang yang akhirnya dinisbahkan 12 suku Bani Israel. Salah seorangnya adalah Nabi Yusuf.
Makam isteri Nabi Ishak bersebelahan dengan makam Nabi Ishak |
Makam Nabi Ishak a.s |
Ketika kecil Nabi Yusuf telah dibuang ke perigi, baginda telah diambil oleh pedagang dan dibawa ke Mesir. Secara ringkasnya, setelah dewasa, akhirnya Baginda Yusuf menjadi menteri dan membawa seluruh keluarganya ke Mesir. Bermulalah sejarah Bani Israel di Mesir.
Selama beberapa keturunan mereka di sana, menjadikan mereka menguasai Mesir dan bersikap sombong. Bangsa Qibti yang memang berasal dari Mesir ini akhirnya menjadikan mereka hamba. Semakin hari semakin tertekan hinggalah sampai zaman firaun dan Nabi Musa. Nabi Musalah yang membawa 12 suku Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke Palestin.
Nabi Musa wafat sebelum sempat membawa Bani Israel masuk ke Palestin. Misinya diteruskan oleh anak muridnya Nabi Yusyak (makamnya ada di Jordan). Ketika itu Palestin telah ada penduduk asal iaitu bangsa Kan'an. Bangsa inilah penduduk asal Palestin.
Mereka duduk aman damai hinggalah mereka ditindas oleh seorang penguasa jahat bernama Jalut. Bani Israel melalui Nabi mereka bermunajat pada Allah supaya diutuskan seorang pemimpin, maka Allah mengutuskan seorang pemimpin bernama Talut. Berperanglah keduanya. Orang yang dapat membunuh jalut ialah seorang keturunan Israel bernama Nabi Daud.
Makam Nabi Yunus a.s |
Bagi mengenang jasa, Nabi Daud telah berkahwin dengan anak Talut. Ketika Talut meninggal, maka Nabi Daud menaiki tahta dan Nabi Daud merupakan raja pertama bagi Bani Israel. Kerajaan ini diganti oleh anaknya Nabi Sulaiman. Pada tahun 967 s.m (sebelum masihi), Nabi Sulaiman mendirikan istananya yang besar untuk semua beribadah kepada Allah.
Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, maka tahta ini diganti oleh keturunan Bani Israel hinggalah tahun 586 s.m apabila kota Jerusalem dihanguskan oleh seorang raja bernama Nabuchatnizar dari Iraq. Raja ini juga telah menghancurkan istana Nabi Sulaiman. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa hinggalah Rom menawan mereka.
Pada tahun 37 s.m, Rom telah melantik wakilnya dari Bani Israel iatu Raja Herod untuk membantu memerintah Palestin. Ketika inilah Raja Herod membangunkan kembali Istana Sulaiman. Ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod cuba membunuh Nabi Isa kerana berpendapat bahawa Isa akan merampas tahtanya ketika besar nanti. Nabi Isa dilarikan ke Mesir selama dua tahun dan kembali ke Palestin setelah Raja Herod mati. Nabi Isa kemudiannya dibesarkan di Nazareth.
Herod digantikan oleh anaknya iaitu Raja Herod Agripa dan terjadilah peristiwa pembunuhan Nabi Zakariya, Yahya dan pemburuan Nabi Isa. Nabi Isa kemudiannya diangkat Nabi Isa ke langit.
Sebagai kehinaan dari Allah, Rom akhirnya tidak mempercayai Herod Agripa dan pada tahun 70 m (masihi) Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Sejak tahun 70 m inilah, Bani Israel keluar dan duduk di merata-rata tempat. Mereka tidak berani untuk datang ke Palestin kerana takutkan Rom.
Mereka menunggu kedatangan Nabi akhir zaman yang diisyaratkan lahirnya dibumi Tihamah iaitu tanah rendah yang banyak pokok tamar. Mereka mencari di mana Tihamah ini. Akhirnya, mereka berpendapat Tihamah ialah Madinah Munawwarah. Pada ketika itu nama tempat ini ialah Yathrib. Bani Israel beramai-ramai pindah ke Madinah, beranak pinak di sana kerana mengharapkan Nabi akhir zaman lahir dari Bani Israel. Rupanya Allah menghendaki bahawa nabi akhir zaman lahir dari bangsa Arab.
Masjid Nabi Yunus yang telah dimusnahkan oleh orang yahudi..hanya tinggal gambar tuk dijadikan tatapan.. Adakah kita tidak mempunyai perasaan apa2..?? tepuk dada tanya iman.. |
Sebahagian besar Bani Israel menolak kenabian Muhammad saw dan bagi mereka yang tidak beriman inilah, digelar oleh Allah sebagai Yahudi. Kemuncak penentangan mereka ialah apabila mereka cuba mengkhinatai Nabi saw dan akhirnya mereka semua diperangi dan keluar dari Madinah.
Yahudi duduk bersepah-sepah. Mereka hanya kembali ke Palestin pada tahun 1187 m apabila Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib. Istana Sulaiman yang dihancurkan pada tahun 70 m ini habis dan hanya tinggal sekeping tembok (walling wall) sekarang menjadi tempat ibadah mereka.
Propoganda untuk menubuhkan negara Israel telah bermula dihujung kurun ke 19 dan akhirnya dengan bantuan British, pada tahun 1948, negara Israel telah ditubuhkan.
Dari rentetan sejarah ini, jelaslah bahawa, Israel hanyalah pendatang. Palestin bukan tanah asal mereka. Bangsa Kan'an (orang Palestin sekarang) adalah penduduk asal tanah ini.
Mereka sedang berusaha menipu sejarah dengan menyatakan bahawa merekalah penduduk asal tanah ini.
Walau apa pun, kesombongan mereka menyebabkan mereka menganggap bangsa lain adalah setaraf binatang. Mereka menganggap mereka bangsa pilihan, mereka menganggap mereka dijadikan khas oleh tuhan dan merekalah satu-satunya bangsa yang boleh menegur tuhan.
Sesungguhnya, al-Quran menyatakan bahawa, orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa. Mulia tidak terletak kepada keturunan. Ia terletak kepada iman di dada. Walau apa bangsa dan keturunan pun, jika beriman, maka mereka mulia di sisi Allah.
Semoga Allah memberikan kita rezki keimanan untuk terus menjadi hamba Allah yang baik. Semoga selamat di dunia dan selamat di akhirat.
~sempat rakam cara2 org palestine buat kaca secara tradisional....sorii..sound xde..
~sempat rakam cara2 org palestine buat kaca secara tradisional....sorii..sound xde..
will be continued...