31 Mac 2012

Jangan biarkan lidah ‘memandu’ kita ke neraka

KEMAJUAN teknologi dan kecanggihan medium komunikasi hari ini memungkinkan silaturahim manusia bertambah erat, malah sistem perantaraan yang serba pantas sedikit sebanyak turut memberi kesan yang positif dalam sistem penyampaian. Sungguh pun begitu, setiap sesuatu adalah baik sekiranya ia digunakan dengan baik dan begitulah sebaliknya. Begitu juga dalam hal yang berkaitan dengan komunikasi sesama insani.

Sebelum adanya medium komunikasi maya, kita hanya bermuamalah antara satu sama lain dengan cara bersemuka dan melalui alat perhubungan jarak jauh seperti surat, telefon, faks dan sebagainya. Walaupun komunikasi jarak jauh tidak sama dengan komunikasi bersemuka, tetapi kita tetap menjaga budi bahasa dalam berbicara. Memang itulah juga yang dituntut oleh agama kerana adab ketika berbicara antara sesama manusia bukan hanya sekadar apabila kita menghadap wajah, tetapi perlu disantuni setiap masa.

Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia meskipun hanya dengan menggunakan dua tangan atau lirikan mata sebagai isyarat.

 Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 1-4 bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya, Dialah yang telah mengajarkan al-Quran, Dialah yang telah menciptakan manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.”

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk memanfaatkan lidah supaya sentiasa mengungkapkan kalimah yang mulia agar setiap butiran bicara itu mendapat keredaan Allah.

Berbicara sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta sikapnya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah adalah ibadat yang besar pahalanya.

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Perkara yang paling utama apabila kita berbicara ialah jangan sekali-kali kita berbicara mengenai sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan kita daripada dosa. Malah mungkin kita dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan atau keterlanjuran berkata-kata mengenai sesuatu yang tidak pasti dan sia-sia. Di dalam Surah Al-Mukminun, ayat 1-3 Allah SWT merakamkan kalam yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.”

Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan pula berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana, kerana orang yang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dan mengaplikasikan pengetahuan dalam berbicara dan jangan pula berdebat dengan orang yang berperangai buruk atau terlalu banyak tohmah kerana mereka akan menyakitkan hati saja. Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu dan beradab sopan. Abu Darda’ menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)

Tutur kata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mengenai apa saja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan.

Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam. Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Daripada Jundub bin Abdullah ra., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki berkata: Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si polan itu.’ Allah Azzawajalla lalu bersabda: “Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si polan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.” (Riwayat Muslim).

Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Kalau diperhatikan, perbualan hari ini banyak yang menyentuh perihal orang lain. Banyak kali ia mengakibatkan perasaan yang terluka jika diketahui si empunya diri mengenai tohmah yang dilempar, sering kali pula mangsa tohmah memutuskan silaturahim kerana tidak ingin memaafkan orang yang mengata. Hal ini amatlah memalukan umat Islam yang utuh dengan sikap saling menghormati sesama saudara seagama dan takutkan kekufuran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat itu.” (Riwayat al-Bukhari).

Justeru, jangan kita biarkan lidah yang diam di dalam mulut kita menjadi sebab untuk kita fasik dan kufur sedangkan dengan lidah jugalah kita boleh menghuni syurga-Nya yang mengalir sungai-sungai yang luhur dan tanah-tanah yang subur. Biar kita diuji dengan tohmah jika bercakap benar tetapi jangan sekali-kali kita memfitnah diri sendiri dan orang lain hanya kerana dunia yang banyak onar.

Berdebat diperbolehkan jika untuk mencari kebenaran. Namun tidak boleh jika hanya sekedar untuk pembenaran atau hanya untuk mencari kemenangan dalam perdebatan.
Jika yang dicari hanya sekedar kemenangan, maka sebaiknya tinggalkan perdebatan tersebut.

Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku adalah penjamin sebuah istana di taman surga bagi siapa saja yang menghindari pertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda.” HR. Abu Dawud

Sesungguhnya Islam mengharapkan dari seorang muslim untuk :
Bekerja sebelum berbicara.
Tidak mengatakan sesuatu melainkan untuk dikerjakan.
Tidak bekerja melainkan untuk diselesaikan dengan sebaik-baiknya sehingga tidak terkena cercaan Allah swt.
Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (QS As Shaff : 2 - 3)
Melakukan perkara-perkara yang positif dan membangun dan BUKAN tenggelam dalam :
1.Perbicaraan yang sia-sia.
2.Ucapan indah yang enak didengar bersifat keanak-anakan.
3.Mencari kesalahan orang lain.

Berbicara berdasarkan pengetahuan bukan buat tohmahan menyakitkan hati
wallahu'alam

24 Mac 2012

Ada Waktu Untuk Beribadah Dan Ada Waktu Untuk Dunia..

Rasa malu.
Malu pada diri sendiri, malah lebih malu kepada Allah.
Kenapa?
Sebab aku malas.
Dan aku sungguh sungguh cemburu dengan orang yang baik.
Bagaimana mahu jadi seperti mereka?
Imannya bagaikan tidak terkacau biarpun mereka berseorangan.
Mungkin kerana aku berseorangan.
Adakah aku ini munafik?
Melakukan amalan yang banyak ketika ramai orang, dan mengurangkan amalanku apabila aku berseorangan?
Dan aku teringat kisah Hanzalah bertanya kepada Rasulullah,

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?”  Tanya Abu Bakar
“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”
“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”
“Aku telah menjadi munafik!”  Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saidina Abu Bakar terkejut.
“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”
Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.
Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”
Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”
Rasulullah tersenyum.
Lantas baginda bersabda,
“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim

19 Mac 2012

♥♥Pilihanku♥♥

Aku sedang menanti dia..
Seorang lelaki yang akan bergelar suami..
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH..
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani..
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar ..
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri..
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku..
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..
Dengan zikir-zikir munajat..
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..
Dia menasihati ku supaya mengingati mati..
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat..
Matanya penat kerana membaca..
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati..
Baginya, dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..
Kita hambaNYA adalah pelakon..
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat..
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa..
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan..
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula..
Sejadah imannya yang terkoyak..
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga..
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W...
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya..
Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga..
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali..
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA..
Cinta ILAHI jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia?
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku..
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia..
Kerana..Dia pilihan ku..