29 Oktober 2012

Tips belajar salafussoleh

 Semua tahu  apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita. 
TIPS BELAJAR 

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T. Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama. 
2) Disiplinkan diri. Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu. Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T. Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa: "Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya." Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudah apabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain. 
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar. Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
............................................................. 

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu). Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran. 
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
Doakan nak exam nahu esok T_T

08 Oktober 2012

Welcome back syita

Bangun2 tido je hari ni rasa kaki teraba-raba selimut..apasal sejuk sangat ni..bila masa pulak rumah aku pasang aircon?? (dlm keadaan mamai ckp sorang2)
selalunya bangun2 selimut ntah hilang kemana sbb xrsa sjuk pun..biasa2 ja.hari ni lain
terus terjaga sebab x tahan kesejukan..bangun p check suhu hari ni..haha
memang sah...MUSIM SEJUK
WELCOME BACK
I'M NOT READY YET~
Ni baru suhu permulaan tnggu la sminggu g smpai jadi beku
nk bngun pun keras je badan

Bukan tak bersyukur juz nak story skit..
Antara kesulitan2 di musim sejuk:

1)mengambil air sembahyang

-klu tak solat dosekan,jadi wajib kene solat.solat pulak kene amik wuduk kan,klu tak amik batal la.amik wuduk kene gune air betul tak..ni yg payah ckit..dalm musim sejuk ni kite org kene tahan air sembahyg tu sekurang2 nye untuk 2 solat.lebih baik untuk kelima2 solat.sejuk  amik air sembahyag.mengigil-gigil..lebih2 lagi klu waktu subuh,lagi la..berjihad tau nak amik air sembahyg.walau payah mcm mane pun kene gak amik..sbb tu wajib..

2)mandi

-bab ni kite org memang berbeza ngn org2 kat malaysia la..klu kat melaysia kite kene mandi sekurng2 nye 3 kali sehari kan.klu tak mandi la kat malaysia,bau bawang campur kuah asam la korg..tp kite org kat cni,jarang gile mandi.seminggu tu ade dlm 2 kali je.

3)basuh baju

-bab ni lebih kurang gak beza nya.klu kat malaysia kan.kite kene basuh baju hari2 kan.tapi kat cni tk payah le..sbb kite payah nak berpeluh.jadi baju tu tak busuk2 le..kecuali badan kite tu memang jenis bau bawang n halia.kene la basuh gak.tp klu nak basuh musim sejuk ni memang sengsara tau.nak beku tangn2 korg.tu yg wajib kene ade mesin.klu tak de.nnt korg akan rase tangn korg ni mcm kudung je. sbb kebas deksejuk gile...

5)masak

perasaan menymapah pada memasak bertambah apabila musim sejuk ni...nak potong ayam..mcm potong ais batu.hihihi

6)bangun pagi

-bab ni memang lebih kurg je kat malay.same ade musim sejuk ke tak musm sejuk same je..cume klu musim sejuk ni lebih ckit la..selimut tu rase mcm batu bate je nak angkat.ade mcm siput pun boleh ckp gak.klu tak di wajib kan solat tu agak nye...mau dok dlam selimut tu 3 hari.ohohohohoho

7)keluar rumah

-keluar rumah pada musim mcm ni..payah ckit kot.sbb klu keluar tu rase mcm masuk dlm peti asi baik tak payah.klu musim cuti sem la kan.mau dlm 4 hari baru jejak kaki tu ke tanah.tupun klu nak g kedai ke ,ape ke,klu tak..baik dok dlm umah je..menambah kan lemak yg telah sedia ada

8)nak kurus

-klu nak kurus kan badan mase musim mcm ni..tolong hentikan angan2 kosong tu ok.perut korg nnt akan selalu menyanyikan lagu rock untuk meminta makanan.

9)baju jadi berat

-satu lagi yg aku rimas klu musim sejuk ni kan..baju akan jadi lebih berat dan kembang..klu aku ni sah2 nampak mcm gemuk sangt2 tau..kembung je..mcm ikan buntal bergerak pun ade.

kebanyakn nye klu perkara yg berkaitan ngn air ni mcm kene elakkan je..hihihiisejuk siot.huhuhu
tu je la kesulitan yg boleh aku sampaikan kat korg..klu ade lagi ksulitan yg lagi boleh la bg tau
ye..huhuhu

ok selamat bersejuk bg bebudak jordan n sewaktu ngn nye...
~Wsalam musim sejuk ~

26 Julai 2012

Diam bukan bererti pasrah dan kalah

Setiap manusia tercipta dengan segenap keegoisannya.Ingin menang dan xmau kalah.Ingin mengatur tetapi tidak mau diatur.Jika manusia mengikuti kegoisannya masing2,kehidupan ini ibarat seketika akan hancur.

Diam bukan beerti pasrah dan mengalah bukan beerti kalah.Seseorang diam untuk menyesuaikan diri.Jangan fikir orang itu diam tidak mengambil peduli apa yang terjadi.

What you give you get back.Itulah konsepnya.Moga2 dapat menyedarkannya dan melembutkan hatinya.

Mengalah bukan bererti kalah..ermm..I will keep this word.

Biarlah apapun tanggapan orang.Jadi seeloknya kita sahaja yang menyesuaikan diri dengan orang  lain.Jangan tunggu orang lain menyesuaikan diri dengan kita..
Ramadhan kareem.

"Semoga diriku tabah menghadapinya"

29 Jun 2012

Hati dipandu HidayahNya

Kita adalah manusia yang lalai dan lemah. Kita semua x pernah terlepas daripada dosa dan khilaf. Kita jugalah yang sering kali menjadi racun berbisa buat Islam. Kita jugalah yang terkadang mencalarkan imej yang suci ini. Kita jugalah yang tergelincir pada jalan yang lurus ini. Itulah kita hamba yang x putus2 melakukan kesilapan demi kesilapan.

PUNCA SEMUA INI ADALAH “KATA2 YANG LAHIR DARI ISI HATI SEBENAR”. Bila kita menyatakan kita tidak mahu, tidak suka dan susah dengan kerja dakwah ini, maka Allah swt akan tarik kita keluar. Oleh sebab itu KEIKHLASAN dalam usaha dakwah ini AMAT PENTING. Jika kita tidak sudi nak buat kerja yang Allah swt telah amanahkan, Allah pun tak sudi nak terima kita dan Allah swt tidak rugi apa2 pun.

Oleh itu berhati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata,
“Saya dah bosan la dengan usrah ini…”
“Buang masa aje pergi usrah, baik baca buku…” (tapi tak baca pun…)
“Pergi usrah pun bukan dapat apa2…”

dan juga alasan2 yang munasabah tapi tidak benar atau tepat bila kita tak mahu datang usrah.
“Ana kurang sehat….”, sedangkan masa itu sibuk layan TV atau internet.
“Ana ada tamu….”, sedangkan masa tu hanya jiran sebelah rumah datang sebentar.

Bila kita rasa malas, enggan, banyak alasan, tak mahu, tidak ikhlas, berkata kurang benar (berbohong)…… cepat2lah bertaubat kerana kita khuatir masa itu Allah boleh pusingkan hati kita hingga kita merasa seronok pula tidak ada usrah, tak ada kerja dakwah dan dilekakan dengan hidup di dunia ini.

Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah aku terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi pengajaran.(Imam Hasan Basri)

Kita boleh mencipta berbagai alasan untuk tidak mahu datang usrah, tak mahu buat kerja dakwah dsbnya dan kadangkala alasan itu memang ada kesahihannya (valid). Akan tetapi, sepertimana yang Allah gambarkan dalam perang Tabuk, hanya mereka yang ikhlas sahaja (kesah Kaab bin Malik) yang Allah tidak balikkan hati mereka.

Bab hati ini, hanya tuan punya hati dan Allah sahaja yang tahu. Oleh itu berhati-hatilah bila mengeluarkan kata2 yang boleh menyebabkan Allah keluarkan kita dari jalanNya.

Kita sebenarnya tidak tahu macam mana akhirnya hayat kita kat dunia ini. Apakah kita dapat menerima buku amalan ditangan kanan dan bukan ditangan kiri? Macam mana penilaian Allah terhadap amalan kita selama ini? Apakah kita telah membuat yang terbaik atau pura-pura baik? Apakah timbul dalam hati kita sifat ujub, riak dan megah bila kita beramal ibadah atau diberikan kedudukan yang tinggi dalam jemaah dan karier? Apakah amalan kita ibarat rumput kering yang akan dimamah api? Apakah kita merasa hebat dan seronok dipuji oleh ikhwah kita sebagai orang yang komitted dalam dakwah? Dan tersinggung bila ada yang menegur?

Moga Allah sentiasa menetapkan hidayahNya di hati2 kita agar menjadi muslim yang benar2 mukmin. insyaAllah.

22 Jun 2012

pertunangan..apa maknanya?

Situasi 1:
Selepas hampir 1 jam Rita "bergayut" di telefon....tiba-tiba datang Ina dari biliknya..

Ina : wahhhh..lamanya bergayut kat telefon...kalu ader dahan..dah lama patah tuh...ko bergayut ngan sape tuh...
Rita : Ala..dengan tunang aku lah..bukannya pakwe pun...salah ke...sebab tuh la kalau boleh...aku nak bagitau semua orang yang aku dah tunang supaya tak adalah timbul fitnah kalu aku bergayut lama-lama pun kat telefon...

Situasi 2 :
Nur : wahhhh...sedapnya bau..masak aper nih..eh...hari nih kan giliran aku masak...
Siti : eh..nih aku masak untuk tunang aku lah..jap lagi dia datang...aku nak kasi la dia rasa masakan aku nih..kesian dia asyik makan kat kedai je...

Situasi 3 :
beberapa muslimat sedang rancak berdiskusi...

Mila : Ana,mengharap sangat2 adik2 semua jagalah pergaulan antara muslimin muslimat...jangan selalu berjumpa sangat..kalau ada hal penting...boleh jumpa..tapi biarlah berteman...tak elok..nanti timbul fitnah...kita semua nih dalam persatuan islam...kita bawa nama Islam....tambah-tambah kita semua nih bertudung labuh...Orang semua pandang kita..orang tengok cara kita berkawan...Ana pun sakit mata nih tengok couple2 yang berselerak kat kolej kita nih...asyik berjalan berdua-duaan je...

Lina : betul tuh kak...ana tengok banyak sangat couple2 kat kolej nih...tuh lah tugas kita..nak sedarkan diorang....
Tiba-tiba handphone berbunyi lagu 'ketulusan hati'-aqso dan madina...jeng..jeng..jeng..
Mila : maafkan ana yer...ana ada hal..adik2 sambung la perbincangan kita tadi..ana nak jumpa seseorang sekejap...

Tak lama kemudian....kelihatan Mila meninggalkan sahabat2nya..terus berjumpa tunangnya...dan berjalan berdua-duaan seiringan di tengah2 kolej...ai cik Mila dan si tunang...orang lain perhatikan kamu berdua nih...kata pakai tudung labuh...tak elok la macam tuh cik Mila oi...

Situasi 4 :
Nurul : eh thirah...ada lagi tak jual top up??
Thirah : wahhh..ko nih nurul..tengah2 malam mcm nih nak top up...yer2..ko nak berapa...bukan ke baru 2 hari lepas ko top up RM10...
(untuk pengetahuan...konon2 nya si thirah tuh bisnes top up la)
Nurul : ala thirah..aku meseg2 nih hah..bukan orang lain pun..ngan tunang aku juga...

Amat menyedihkan. Itulah realiti anak-anak muda sekarang.
Kalau ditanya, dijawabnya..tak pe tu tunang dia. 
Berkawan dah bertahun-tahun...bertunang juga bertahun-bertahun..
Semua cerita dah dah habis dicakap...nanti bila dah kahwin..senyap je.
Nak cerita apa lagi. Jadi pendekkan tempoh bertunang. 
Jagalah syariat Allah.

Berdasarkan situasi-situasi di atas...apa pendapat anda semua...adakah tuh adab2 bertunang dalam islam...

Bertunang tak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri.

Paling sedih sekali...ada tuh yang bawa nama islam...join usrah sana sini...aktif persatuan islam...tapi kenapa tak jaga juga adab2 dalam tempoh bertunang...

takkan selama nih tak tau kot adab2 dalam tempoh bertunang..tuh pun nak kena habaq gak ka???????mai nak ketuk kepala sikit..kasi ingat balik apa yang ustaz ustazah ajar....

Bila ditegur..melenting....naik darah...kata kawan tak faham hati kawan..oit kawan..sebab si kawan tuh faham la dia tegur kawan..kalu kawan tuh tak faham kawan..dibiarkan je kawan..yerlah..ada setengah tuh kata apa..."kubur lain2.."amboi...sedapnya ayat...sekeh kepala kang....

nak ke sebelum tiba hari akad nikah tuh...kita yang mengharapkan redha Allah..tapi bergelumang dengan maksiat...nauzubillah...tolong lah....please lah..nak merayu macam mana lagi..sedarlah...jangan jadikan diri kita nih penfitnah agama...jangan jadikan diri ini..penfitnah kepada muslimat yang cun2 yang bertudung labuh di luar sana....Ada tuh..sebelum bertunang..bukan main tentang dan marah kat sapa2 yang keluar lelaki perempuan...tak jaga ikhtilat...tapi kenapa bila dah bertunang..DIA TAK BUAT PULA APA YANG DIA KATA...LIHAT LAH..KAU SEDANG DIUJI....

"wahai orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"(as-saff : 2-3)

of course lah ada orang akan kata..."ala..tudung labuh pun sama je macam budak perempuan yang lain..keluar juga dengan lelaki...walaupun baru bertunang...meseg2 sayang2..rindu2 gak ngan tunang dia...calling2 tengah2 malam gak ngan tunang dia..sama je semua..tak ada beza pun.."

Hati nih kecewa dengar macam tuh....kecewa yang amat amat amat sangat..nak dirawat pun tak tau macam mana lagi...Sedih...rasa macam dipijak2 kepala..selama nih muslimat yang bertudung labuh jaga maruah...akhirnya...terima padah macam tuh atas sebab kesalahan yang dilakukan sahabat sendiri....

Renung-renungkan lah...Fikir-fikirkan lah...adakah kita terlibat sama...

Psssttt....ana pun risau sama nih..ana dah tulis macam nih...ana pun akan diuji juga suatu hari nanti...doa-doakan tuk ana..
Wallahualam....

11 Jun 2012

Menegur atau Menyindir??

Teguran selalunya berlaku dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Ia akan terjadi di kalangan orang yang rapat dengan kita. Ada jenis teguran secara nasihat-menasihati dan ada juga jenis teguran secara sindir-menyindir. Yang baiknya ialah menegur dengan cara menasihati, dan yang buruknya ialah menegur secara menyindir. Tetapi, siapakah yang sanggup menegur dengan cara menasihati?

Hanya segelintir sahaja daripada kita yang sanggup menegur secara menasihati. Selebihnya lebih suka menegur secara halus iaitu dengan cara sindiran. Ini adalah ujian yang sangat berat kepada kita terutamanya kepada golongan yang telah banyak melakukan ibadat seperti wanita-wanita yang bertudung labuh dan menutup aurat juga tidak terlepas daripada perbuatan ini. Adakah mereka sudah merasakan diri mereka sudah mulia ataupun mereka melakukannya secara tidak sedar?

Saya tidak bermaksud ingin mengaibkan sesiapa, tetapi secara pemerhatian yang saya lakukan, kebanyakan daripada rakan-rakan saya boleh dikatakan daripada golongan baik-baik dan selalu menyertai usrah dan berqiamullail, apabila mereka melihat keburukan seseorang, mereka secara tidak langsung lebih suka menyindir dan mengata di belakang.

Tidakkah mereka sayang pada pahala yang mereka kumpul? Tidakkah mereka fikir akan perasaan orang lain terutama daripada golongan yang mudah terasa hati? Daripada hadis riwayat al-Hakim,

"Sebaik-baik sahabat ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."

Sindiran itu sangatlah tajam yang boleh meresap menusuk ke dasar qalbu (hati) serta mengusik jiwa kita. Perbuatan sindiran inilah yang mengakibatkan kepincangan dalam sesuatu perhubungan yang telah lama terbina dan akibat daripada perbuatan buruk inilah menjadikan kebencian si penyindir membuak-buak apabila isu sensitif di besar-besarkan.

Sindiran ini juga memberi kesan negatif terhadap si penerima sindiran. Berkemungkinan si penerima sindiran pada permulaannya berdiam diri dan memendam perasaannya, tetapi apabila tiba masanya, dia akan menjadi berdendam kepada si penyindir. Pada masa inilah si penerima sindiran akan meluahkan dan mengungkit-ungkit apa yang dipendamnya selama ini.

Pepatah mengatakan, "Lidah itu tidak bertulang" tetapi disebabkan lidahlah membuak-buaknya api permusuhan manusia. Hanya disebabkan satu perkataan sahaja, membuatkan hati yang mendengarnya terluka dan sesuatu ukhuwah yang dijalinkan menjadi berantakan.

Justeru, marilah kita sama-sama mengubah diri kita, mengubah gaya hidup, saling hormat-menghormati hak sesama kita, membudayakan sifat saling nasihat-menasihati, serta menegur dengan cara yang berhikmah agar orang yang ditegur dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

Tetapi, tegur itu biarlah kena pada masa dan tempatnya. Iman Syafie' berkata, "Nasihatilah diriku dikala aku sendirian, janganlah kau menasihatiku ditengah keramaian kerana nasihat di hadapan umum adalah sebahagian dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya. Jika engkau enggan dan tetap melanggar kata-kataku, maka engkau jangan menyesal jika aku enggan menurutimu." Biarlah kita menegurnya bukan di kalangan ramai orang kerana menegur di tempat ramai orang boleh menjatuhkan air muka seseorang. Kita telah memalukannya di hadapan orang ramai. Apakah perasaan kita apabila kita berada di tempat mereka? Renung-renungkanlah.

"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzalimi dan menghinanya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat."

HR. Ibnu Umar Ra. Kitab Sahih Muslim: 4677).

Buangkanlah sifat mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Tutuplah aib mereka jika kita tidak mahu menampakkan aib kita kepada orang lain. Jika kita berubah untuk menjadi baik kerana Allah, Allah akan menghantar orang-orang baik untuk bersama kita.

Jikalau kita asyik menyindir orang, tidak mustahil juga suatu hari nanti, orang yang kita sindir itu akan menjadi individu terbaik dan terhebat daripada kita. Pada masa itulah kita akan merasa sangat-sangat bersalah dan kesal di atas perbuatan yang kita lakukan terhadap orang yang kita sindir pada suatu ketika dahulu.

Maafkanlah dengan menerima segala kekurangan yang ada pada mereka. Al-Hasan bin Wahab berkata, "Salah satu hak berteman adalah memberi maaf di atas kesalahan yang terjadi dan tidak mencelanya." Ingatlah kebaikan orang lain terhadap kita, dan janganlah mengungkit-ungkit kebaikan kita terhadap orang lain. Maafkanlah dan lupakan setiap kesalahan yang orang lakukan terhadap kita. Dengan melupakan kejahatan orang terhadap kita, maka timbullah perasaan kasih sayang yang terpancar dalam diri dan akan menarik perhatian orang untuk menyayangi kita.

31 Mei 2012

Terima Kasih Mama!!

Terima kasih kerana sudi jenguk anakmu.
biarpun jarak jauh beribu batu
sanggup kau redahi..
Terima kasih..rinduku padamu takkan pernah padam
Aku harap setiap kali aku melihat gambarmu
rinduku padamu akan terubat..

Kenangan bersama di Jordan takkan pernah ku lupakan
biarpun cuma sementara.

~TERIMA KASIH JUGA UNTUK ABANG,TOKKI,MAK MI DAN MURROQIB SERTA MUROQQIBBAH
~2X TRIP KE AMMAN DEMI UNTUKMU MAMA...LUV U FOR A THOUSAND MILE.THOUSAND YEAR AND THOUSAND MORE
~RINDU SANGAT2..XDPT NK GAMBARKAN

20 Mei 2012

Alhamdulillah. Month of Rajab has finally come

I've been reading about the practices during the month of Rajab. For those who are not aware of this issue, please do. Because there are various opinions about fasting during one of the sacred months, Rajab. I plead you to do some reading and might as well ask those who are well taught about Islam, ustaz and ustazah. Reading will definitely makes you a better person. You won't lose a thing instead you gain extra knowledge from it. I'm no one, I am no better in this issue so I'm not an expert to preach on this. Besides, it is better to remain silent when you yourself are lack of knowledge or else you will be responsible for your words in Dunya, you'll be responsible for it in Akhirah too. So what I can conclude from everything I've read is already delivered through Berita Harian Online which by far is among the wisest of all.

Muslim patut laksana ibadah berdasarkan neraca ilmu agar segala perbuatan tidak sia-sia

BAGI sesetengah masyarakat Muslim, Rejab dianggap bulan penuh keberkatan dan fadilat. Rejab turut disebut sebagai bulan Allah SWT.

Justeru, didapati segelintir masyarakat amat suka melakukan amalan sunat khususnya berpuasa pada Rejab. Diriwayatkan hadis yang menceritakan fadilat puasa pada Rejab. Contohnya ada riwayat menyatakan amalan berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga paling tinggi.
Jika berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27 Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya. Namun ada pula dalam nada dan pandangan berbeza menafikan amalan berpuasa pada Rejab. Hujahnya ialah riwayat hadis fadilat Rejab ialah dhaif, sangat dhaif dan maudhuk (palsu).

Akhirnya timbul pula kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal. Kekeliruan ini membawa kepada gejala negatif dan tidak sihat sehingga mewujudkan golongan yang langsung tidak mahu berpuasa pada Rejab kerana tiada fadilat dalam hadis yang sahih menurut pandangan mereka.

Bukan sekadar itu, wujud pula pertikaian di kalangan masyarakat yang berpuasa pada Rejab dengan masyarakat yang tidak berpuasa. Ada yang menangis kesal kerana sudah lama berpuasa pada Rejab. Rupa-rupanya amalan itu sia-sia dan tidak mendapat pahala. Alangkah rugi dirinya kerana melakukan perkara sia-sia.

Kekeliruan ini muncul kerana beberapa sebab. Antaranya kehilangan adab dalam memberikan pandangan dan kefahaman yang berbeza. Maka wujud golongan yang menyalahkan amalan orang lain, menyesatkan orang lain, memfasiq golongan lain dan pelbagai hukum yang buruk dilemparkan.
Mungkin datang seorang ustaz dalam kuliah agama membawakan riwayat hadis mengenai fadilat Rejab dan amalan baik. Pendengar di masjid bersemangat untuk melaksanakan amalan baik walaupun sedikit. Namun, dalam kuliah agama esok malam pula, ustaz lain membawakan hukum bahawa riwayat hadis dalam fadilat Rejab tidak benar. Begitulah malam seterusnya dengan pelbagai pandangan yang berbeza 180 darjah.

Sebagai individu Muslim, isu fadilat Rejab harus menjadi pemangkin kepada diri untuk menjana ke arah yang positif antaranya:

Sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai fadilat Rejab melalui pelbagai sumber. Kita boleh merujuk internet yang sarat dengan maklumat atau membaca buku mengenai fadilat Rejab serta amalannya. Bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu.

Jika diyakini ada fadilat Rejab walaupun hadisnya daif, namun diterima sebahagian ulama, maka beramallah. Amalan itu berdasarkan ilmu yang sudah digali.

Jika diyakini hadis mengenai fadilat Rejab adalah palsu dan sangat daif, maka tidak perlu beramal. Biarkan seketika amalan berkenaan. Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa. Amalan yang dinyatakan dalam riwayat hadis hanya termasuk dalam ibadah sunat. Pada masa sama, tidak wajar disesatkan masyarakat yang beramal kerana berpegang dengan fadilat Rejab. Biarlah perbincangan, muzakarah, diskusi dan wacana ilmu dalam suasana mahabbah dan harmoni.

Lebih baik lagi dibuat amalan yang pasti ketika Rejab. Dalam amalan berpuasa, ada hadis sahih menerangkan puasa sunat. Contohnya puasa tiga hari setiap bulan. Hadis ini ada dalam riwayat Imam Muslim. Antara amalan Nabi Muhammad SAW ialah berpuasa pada Isnin dan Khamis seperti riwayat Imam Muslim. Begitu juga puasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan seperti diriwayatkan Sunan Abi Daud.

Oleh itu, antara dua pandangan berbeza mengenai fadilat puasa ketika Rejab, berpuasalah pada Isnin dan Khamis. Juga berpuasa pada 13, 14 dan 15 Rejab. Dalam puasa sunat ini pun, bilangannya sudah 10 hari. Kalau hukum sebenar bahawa tiada fadilat bagi Rejab, Alhamdulillah kerana kita berpuasa dengan sunnah Nabi SAW. Jika hukum sebenar ada fadilat bagi Rejab, syukur kepada Allah SWT kerana kita juga berpuasa sunat.

Bagi yang sudah lama beramal dengan fadilat Rejab, namun kini mungkin diyakininya hadisnya tidak sahih, jangan bersedih. Amalan baik yang dibuat insya-Allah tidak akan sia-sia. Hendaklah disedari bahawa Allah itu sifat-Nya maha pengampun. Rahmat Allah meliputi segala sesuatu. Sudah tentu hasil jerih seseorang insan beribadat sekadar kemampuan yang ada akan diganjari.

Umum firman Allah mafhumnya: Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala golongan yang berbuat baik. (Surah at-Taubah: 120). Dalam surah Aali Imran ayat 171, Allah azza wajalla tidak akan mensia-siakan pahala golongan beriman.

Sesungguhnya ilmu itu amat luas. Ilmu yang dikurniakan tidaklah banyak. Sewajarnya ilmu yang ada dicari dan dihadami, maka biarlah amalan itu berdasarkan neraca ilmu, bukan lagi ikut-ikutan.

Jazakumullahu Khairan Khatira :)

08 Mei 2012

mood final exam

~bittaufiq wannajah sahabat2ku~

kalau kita bersandar pada cita2, cita akan hilang. kalau kita bersandar pada tiang, tiang akan jatuh.. kalau kita bersandar pada Allah, Allah ada bersama2 kita :)
Innallaha ma'ana :)

05 Mei 2012

♣ TIKA HATIKU DIUJI ♣

Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu

Berjalanlah…
teruskan perjalananmu…

Redahlah onak duri dihadapanmu
usah kau hirau pada sakit yang menyentap jiwamu
usah kau peduli pada susahnya jalan yang kautempuhi
kerana itu memang jalanmu
kerana itu memang pilihanmu
sakit itu hanya di dunia fana
sakit itu hanya sekelumit cuma

Duhai hati berjiwa mujahidah,
luruskan hatimu
bulatkan tekadmu
kuatkan azammu
yakinkan dirimu
bahawa Allah itu ada bersamamu

                Ya! ALLAH ITU ADA..
Semaikan rasa sabar pasakkan tiang ikhlas
insyaAllah, moga dikau istiqamah pada jalan ini

~I need a break...let me have my drink first...
mmmm......
My gloomy day just knock my head ...
tidak suka perasaan ini ....

Berharap hari ini , esok, tulat, sume berjalan dengan lancar....
again
I hate this feeling !!!!
Sentap tak tentu pasal...
Come to me, dear positive aura, wherever you are...

08 April 2012

Hamba yang Bagaimana Aku Ini? – Tanyakan Pada Diriku Sendiri!

Azan sedang berkumandang.

“Ah…jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu”.

Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat.

“Aduhhhhh…Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah…patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah lama main facebook”.

Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.

Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. “Oh! Ada  syabab add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah”.

Semangatnya aku.

Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.

Aku puas.

HAMBA APAKAH AKU?

Dunia internet. Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yang lebih penting daripada Allah?

Kita ini hamba. Hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasa-Nya. Sangat tinggi kasih sayang-Nya. Dengan hanya sedikit limpahan rahmat-Nya dimasukkan ke dalam dada semua hamba-Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita.

Mampu menghubungi antara satu sama lain dengan nikmat internet yang diberi Allah.

Dia yang mencipta kita. Untuk apa?

Semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Alah mencipta dunia dan segenap perhiasannya untuk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat untuk tempat penghisaban amalan dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. Ia tempat yang kekal abadi. Yang tidak ada kematian lagi. Ia tempat terakhir perjalanan roh.

Berfacebook, berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat untuk kita persembahkan kepada Allah? Adakah dengan komponen-komponen di dalam aktiviti ini mampu menjadi batu asas binaan mahligai di syurga kelak?

Oh! Di mana nilai kita sebagai seorang hamba di mata Allah? Tidakkah kita risau?

Seorang hamba itu hidupnya tidak dihiasi dengan bermaksiat. Hatta “bermaksiat” dengan waktu. Hatinya seringkali diservis untuk perjalanan yang jauh menuju ke padang mahsyar. Dia telah bersiap siaga dengan bekalan amalan di dunia.

Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah.

Dia merdeka daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga ia mampu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain.

Cukuplah Allah sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. Bukan Facebook. Bukan movie Korea. Bukan chatting.

Itulah nilai seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dengan Allah. Makin hari makin tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.

Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah as-syams, manusia itu dikurniakan dua pilihan jalan, jalan KETAQWAAN  dan jalan kefasikan. Beruntunglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih jalan kefasikan.

01 April 2012

##Apakan Daya##

Ada orang musim soifi balik Malaysia..
Ada orang lepas soifi balik Malaysia..
Ada orang famili datang melawat...
Ada orang tak balik....dan aku salah seorang drpd orang 'bertuah' tersebut..

Aku ok je kalau tak balik Malaysia...
cuma aku sedih apa yg aku angan2kan dan rancangkan tak tercapai..

''Bulan depan (April) insyaAllah mama dan abang nak pergi masjidilaqso,kita bleh jumpa
sebab mama turun kat amman lpas tu terus pergi umrah"

Perasaan aku waktu hanya mampu tuk menjerit..tak mampu nak kata apa2...
Aku tak berharap balik Malaysia cuma..
 aku harap dapat jumpa ibuku sekejap pun sudah
memadai bagiku...
Namun apakan daya kita merancang tuhan menentukan...
Aku dah berusaha sedaya upaya tuk menguruskan visa ibu dan abangku..
Aku dah cuba semampuku...
Ma...Abang..minta maaf sangat2...

"Nanti ada rezeki kita jumpa lagi"

kata2 penenang ibuku untukku...

ABANG

MAMA

MY CUTE SISTER

RINDUNYERR BUDAK KECIK NI..

RINDU SANGAT2..............:'(

31 Mac 2012

Jangan biarkan lidah ‘memandu’ kita ke neraka

KEMAJUAN teknologi dan kecanggihan medium komunikasi hari ini memungkinkan silaturahim manusia bertambah erat, malah sistem perantaraan yang serba pantas sedikit sebanyak turut memberi kesan yang positif dalam sistem penyampaian. Sungguh pun begitu, setiap sesuatu adalah baik sekiranya ia digunakan dengan baik dan begitulah sebaliknya. Begitu juga dalam hal yang berkaitan dengan komunikasi sesama insani.

Sebelum adanya medium komunikasi maya, kita hanya bermuamalah antara satu sama lain dengan cara bersemuka dan melalui alat perhubungan jarak jauh seperti surat, telefon, faks dan sebagainya. Walaupun komunikasi jarak jauh tidak sama dengan komunikasi bersemuka, tetapi kita tetap menjaga budi bahasa dalam berbicara. Memang itulah juga yang dituntut oleh agama kerana adab ketika berbicara antara sesama manusia bukan hanya sekadar apabila kita menghadap wajah, tetapi perlu disantuni setiap masa.

Keupayaan berbicara adalah nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia meskipun hanya dengan menggunakan dua tangan atau lirikan mata sebagai isyarat.

 Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 1-4 bermaksud: “Allah Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya, Dialah yang telah mengajarkan al-Quran, Dialah yang telah menciptakan manusia, Dialah yang membolehkan manusia memberi dan menerima pernyataan.”

Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut landasan syarak. Islam menggariskan tatacara terbaik untuk memanfaatkan lidah supaya sentiasa mengungkapkan kalimah yang mulia agar setiap butiran bicara itu mendapat keredaan Allah.

Berbicara sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik mempunyai tatacara dan adab yang tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta sikapnya. Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah adalah ibadat yang besar pahalanya.

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Perkara yang paling utama apabila kita berbicara ialah jangan sekali-kali kita berbicara mengenai sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri kita kerana ia adalah bicara yang tidak perlu dan tidak akan menyelamatkan kita daripada dosa. Malah mungkin kita dipertanggungjawabkan dengan dosa dan sumpah palsu yang dibuat kerana keseronokan atau keterlanjuran berkata-kata mengenai sesuatu yang tidak pasti dan sia-sia. Di dalam Surah Al-Mukminun, ayat 1-3 Allah SWT merakamkan kalam yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.”

Apabila seseorang yang tidak berilmu perlu berdebat dalam berbicara, jangan pula berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana, kerana orang yang sedemikian tidak akan menghiraukan orang yang tidak tahu bersopan santun dan mengaplikasikan pengetahuan dalam berbicara dan jangan pula berdebat dengan orang yang berperangai buruk atau terlalu banyak tohmah kerana mereka akan menyakitkan hati saja. Sewajarnya berdebatlah jika perlu dengan orang yang bijak dan santun, manakala kita juga perlu penuhkan dada dengan ilmu dan beradab sopan. Abu Darda’ menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada hari Kiamat.” (Riwayat Muslim)

Tutur kata yang dikeluarkan oleh seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidahnya dan hendaklah berbicara menurut pertimbangan akal yang waras. Sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mengenai apa saja sama ada dalam percakapan, penulisan ataupun perdebatan.

Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan dan sebagainya hingga menyinggung perasaan orang lain apatah lagi saudara kita sesama Islam. Ini kerana ia boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan dan perbalahan.

Daripada Jundub bin Abdullah ra., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki berkata: Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si polan itu.’ Allah Azzawajalla lalu bersabda: “Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si polan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.” (Riwayat Muslim).

Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya sebarang perselisihan dan suasana yang tidak menyenangkan maka kita perlulah berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Kalau diperhatikan, perbualan hari ini banyak yang menyentuh perihal orang lain. Banyak kali ia mengakibatkan perasaan yang terluka jika diketahui si empunya diri mengenai tohmah yang dilempar, sering kali pula mangsa tohmah memutuskan silaturahim kerana tidak ingin memaafkan orang yang mengata. Hal ini amatlah memalukan umat Islam yang utuh dengan sikap saling menghormati sesama saudara seagama dan takutkan kekufuran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat itu.” (Riwayat al-Bukhari).

Justeru, jangan kita biarkan lidah yang diam di dalam mulut kita menjadi sebab untuk kita fasik dan kufur sedangkan dengan lidah jugalah kita boleh menghuni syurga-Nya yang mengalir sungai-sungai yang luhur dan tanah-tanah yang subur. Biar kita diuji dengan tohmah jika bercakap benar tetapi jangan sekali-kali kita memfitnah diri sendiri dan orang lain hanya kerana dunia yang banyak onar.

Berdebat diperbolehkan jika untuk mencari kebenaran. Namun tidak boleh jika hanya sekedar untuk pembenaran atau hanya untuk mencari kemenangan dalam perdebatan.
Jika yang dicari hanya sekedar kemenangan, maka sebaiknya tinggalkan perdebatan tersebut.

Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku adalah penjamin sebuah istana di taman surga bagi siapa saja yang menghindari pertikaian (perdebatan) sekalipun ia benar; dan (penjamin) istana di tengah-tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan dusta sekalipun bercanda.” HR. Abu Dawud

Sesungguhnya Islam mengharapkan dari seorang muslim untuk :
Bekerja sebelum berbicara.
Tidak mengatakan sesuatu melainkan untuk dikerjakan.
Tidak bekerja melainkan untuk diselesaikan dengan sebaik-baiknya sehingga tidak terkena cercaan Allah swt.
Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (QS As Shaff : 2 - 3)
Melakukan perkara-perkara yang positif dan membangun dan BUKAN tenggelam dalam :
1.Perbicaraan yang sia-sia.
2.Ucapan indah yang enak didengar bersifat keanak-anakan.
3.Mencari kesalahan orang lain.

Berbicara berdasarkan pengetahuan bukan buat tohmahan menyakitkan hati
wallahu'alam

24 Mac 2012

Ada Waktu Untuk Beribadah Dan Ada Waktu Untuk Dunia..

Rasa malu.
Malu pada diri sendiri, malah lebih malu kepada Allah.
Kenapa?
Sebab aku malas.
Dan aku sungguh sungguh cemburu dengan orang yang baik.
Bagaimana mahu jadi seperti mereka?
Imannya bagaikan tidak terkacau biarpun mereka berseorangan.
Mungkin kerana aku berseorangan.
Adakah aku ini munafik?
Melakukan amalan yang banyak ketika ramai orang, dan mengurangkan amalanku apabila aku berseorangan?
Dan aku teringat kisah Hanzalah bertanya kepada Rasulullah,

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.
“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?”  Tanya Abu Bakar
“Wahai Abu Bakr, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”
“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”
“Aku telah menjadi munafik!”  Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

Saidina Abu Bakar terkejut.
“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”
Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.
Hati mereka gementar.

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.
“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”
Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”
Rasulullah tersenyum.
Lantas baginda bersabda,
“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim

19 Mac 2012

♥♥Pilihanku♥♥

Aku sedang menanti dia..
Seorang lelaki yang akan bergelar suami..
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH..
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah..

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani..
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar ..
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri..
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah..

Dia selalu menghiburkan aku..
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran..
Dengan zikir-zikir munajat..
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya..

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi..
Dia menasihati ku supaya mengingati mati..
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia..
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa..

Dia memang sentiasa kelihatan penat..
Matanya penat kerana membaca..
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati..
Baginya, dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata..
Kita hambaNYA adalah pelakon..
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti..

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat..
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa..
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga..

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan..
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula..
Sejadah imannya yang terkoyak..
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri..

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga..
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA..
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya..

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W...
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya..
Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga..
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali..
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta..
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta..
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia..
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA..
Cinta ILAHI jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia?
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku..
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu..
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku..
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia..
Kerana..Dia pilihan ku..

28 Februari 2012

Sayu dan Rindu

Terasa baru semalam aku menjejakkan kaki di bumi aqso...terasa baru semalam melangkah masuk ke masjidil aqso...teringin sekali aku menjejaki tempat itu lagi...ingin sekali aku bersama-sama mereka memperjuangkan Islam..sayunya hati ini apabila melihat Masjidil Aqso diperlakukan seperti ini...

Sayunya hati ini apabila melihat rumahMU diperlakukan seperti ini....
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui...

Terima kasih Ya Allah kerana beriku peluang walaupun hanya sekali beribadat di Masjidil Aqso
ditempat inilah aku sujud kepadaMU...Ya Allah,lindungilah mereka
yang beribadat kepadaMu....

rasa bersyukur sempat berada disini...
tenang dan damai tanpa gangguan..

Aku rasa sangat bertuah walaupun hanya beberapa hari aku disini...
Kenangan disini tidak mungkin dapat kulupakan...
Rindu sangat...
Aku juga berharap aku dapat menjejakkan kaki kesini lg...insyaAllah..
 wallahu'alam

23 Februari 2012

link video apa ni???!!!

Assalamualaikum...

suatu hari..
  ada sorang mamat dr UK ni msg ana kat skype...juz nk knal2...
ana pun x ingt bila masa ana approve dya
soalan dya biasa2 ja...ok lg..

3 hari lpas tu dya tgur lg..
tp kali ni dya antar link youtube...gelabah ana...
sblum buka ana tnya...video apa...
terus-terang dya ckp video seks....
giler ahhh....ana trus marah2 dya....
ana ckp ana muslim n ana belajar jordan
haram tngok bnda2 cmni....
dya mnta maaf n pastu dya senyap jer...
ana malas nk layan omputih cmni...otak blue...
nasib baik tak tngok g...haiiiii..wat suspen jer...
tp ade jer skali dya pksa gak tngok satu link yg dya hntar...
ana pun memberanikan diri tekan link biru tu...tkut2 gak
rupa2nya video pasal moses(nabi musa)...huh...nasib baik bukan video *****...
bikin panassszzzz...
bila nk tnya balik knapa dya antar link 2 x sempat dya dh offline..

Hari ni setelah beberapa bulan dya x tegur tetiba dya sent satu link...
risau gak nk bukak...tp try gak bukak...hehe(blom penah tngok video ngarut2)
nk share ngan korang video yg dya send....tngok r..

link video yg pertama

link video yg kedua

dh insaf ke mamat ni..tetiba antar video ni??
ana pun tnya dya...

Kalau ada siapa2 sudi membantu..silalah  hulurkan bantuan anda...
ana x pakar sangat...sikit2 bleh la..insyaAllah...
mungkin bantuan anda boleh mengubah hidup sesorang yang boleh membawa kepada hidayahNya
aminnn....

diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam ketika mengutus Mu'az ke Yaman, beliau bersabda kepadanya :"Sesungguhnya engkau mendatangi suatu kaum Ahlul Kitab, maka hendaklah yang pertama engkau lakukan adalah mengajak mereka kepada bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq melainkan Allah". Dan dalam riwayat yang lain :"…hingga mereka bertauhid kepada Allah ;

wassalam...