Ni sapa plak??
Meh ana perkenalkan,ni kakak ana yang paling cun...hehe
Memang sorang ni je kakak ana...Nama fb dia cik Asya.Sekarang study kat Kolej Universiti Insaniah dalam jurusan Bahasa Arab.Sebelum ni kakak ana study kat UNISZA,Terengganu..
Semalam ana sangat happy bila mak ana beritahu kak ana dah pakai tudung labuh.Mula2 tu ana ingat maybe sebab Insaniah wajib pakai tudung labuh so,kak ana pakai.Tapi sekarang pergi mana2 pun pakai tudung labuh ..Alhamdulillah..Abang ana sampai terkejut tengok perubahan adik dia. samapai nak buat kenduri...Ana saja bergurau ngan mak ana.
"lepas ni suruh kak pakai purdah pulak la..hehe"
Akhirnya doa kami semua termakbul.Alhamdulillah...
Mungkin ada yang mengatakan perubahan kearah kebaikan itu tak boleh dipaksa-paksa, belum sampai serunya, belum bersedia lagi, belum puas enjoy, usia masih muda dan macam-macam alasan lagi yang diberikan. Tapi pemikiran seperti itu perlu diubah!
Apabila sampai serunya ke arah kiamat kecil (kematian diri sendiri) malaikat tak pernah pula kata “aku belum bersedia untuk mancabut nyawanya, aku belum puas hati dengan amalan yang dia lakukan”. Syaitan pula meraikan kemenangan “Yuhuu! Dia tak sempat bertaubat,tak terfikir pun untuk dia berubah, banyak dosa ,amalan tak pernah bertambah, semakin hari semakin jauh dari agamanya. Aku golongan syaitan yang paling berjaya dalam abad ini!”. Apa yang Allah perintahkan, tanpa bertangguh malaikat akan laksanakan. Oleh itu, wajarkah kita untuk bertangguh melakukan perubahan yang baik. Nak atau tak nak, bersedia atau tidak bersedia anda yang menentukannya sendiri.
Pic atas tu pic kak ana yang lama..nk tengok pic selepas perubahannya..tarrra!!
Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh |
Belum terlambat untuk melakukan perubahan dalam kehidupan sebelum kematian menjemput anda.
Ana juga memohon doa daripada saudara dan saudari sekalian,doakan kami menjadi usroh sakinah dan mawaddah..aminn..
Wallahu'alam