30 Januari 2012

ஜღJaulah Jordan 2012ஜღ

Dua hari lepas balik dari palestin ana berjaulah pula sekitar Jordan..ada orang cakap kat ana belum sempat berjaulah sekitar jordan dah pergi luar negara...ana hanya senyum.dlm hati.."luar negara ada berkat sapa xnak pergi...hehe"

Ana pergi rombongan ngan kawan2.Tujuh orang semuanya.Naik 1 mpv yang dipandu oleh si jejaka dari negeri cik siti wan kembang.Diberi nama Kriey Alias (fb).Konon2 nama glamour...tp x fren pun kat fb..hehe

First tempat kitorang pergi...

Jerash

Jerash merupakan kota kedua paling popular yang dikunjungi oleh para turis setelah Petra. Menurut catatan sejarah Jerash sudah dihuni sejak tahun 3200 SM hingga 1600 M.

Kota jerash dibagi dua, old city dan new city. Old city atau kota tua adalah kota yang merupakan bangunan peninggalan romawi kuno. Sedangkan new city atau kota baru adalah tempat penduduk yordania sekarang bermukim.

Ketika mengunjungi old city di jerash akan terasa sekali suasana yang sangat mirip dengan Italia, hal itu dikarenakan struktur dan gaya bangunan peninggalan romawi dan yunani kuno terdapat dimana-mana.

Disebabkan ni merupakan tempat first kitorang so semua excited tangkap gambar..punya semangat sampai dah tak larat jalan tambah pulak tetiba ja terserempak ngan syabab kelantan lagi 'bersemangat' la kawan2 ana tu...;)
Rehat sambil menikmati panorama yang
indah
Petra

Petra (artinya batu) atau yang lebih terkenal dengan nama The Rose Red City dan The Lost City adalah salah satu dari tujuh keajaiban Dunia.

Petra pernah dikuasai oleh Romawi sekitar tahun 106 M (setelah perang salib), kemudian petra perlahan-lahan menghilang. Setelah lebih dari 500 tahun atau tepatnya pada tahun 1812 seorang petualang dari swiss yang bernama Johann burckhardt yang menyamar sebagai muslim menemukan kota ini. Itulah mengapa Petra dikenal dengan nama The Lost City.

Petra adalah ibukota kerajaan Nabatean yang didirikan Aretas IV, pada 9 SM – 40 SM. Petra dikenal sebagai kota yang sulit ditembus oleh musuh. Kota ini pun terhindar dari badai padang pasir karena terletak di lembah Wadi Araba.

Petra adalah kota kuno yang mengenal teknologi pengairan kota yang rumit sekaligus teknologi pompa hidrolik.

Bangunan-bangunan yang berada di Petra dibangun dan dipahat dari batu-batu cadas. Disini terdapat bangunan istana, makam para raja dan juga terdapat teater yang dapat menampung 4000 penonton.

Kedah vs Kelantan
Pinang tersesat sorang...siapakah dia???

Thanx to my cute 'driver'
bwa sy jln2 lpas penat berjalan...hehe

The next place is....

Makam Nabi Syuib dan Nabi Yushak

Tidak berapa jauh dari Laut Mati terdapat sebuah kubur yang dikatakan kubur Nabi Shu`aib `Alaihis salam yang panjangnya lebih kurang 15 kaki.WALLAHU `AA`LAM.

Yang dimaksudkan adalah nabi Yusya’ bin Nuun ‘alaihissalam. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyebutkan namanya di dalam Alquran secara tidak jelas (tidak terang-terangan) dalam kisah Khidir, sebagaimana yang telah dikemukakan sebelumnya, yaitu dalam firman-Nya,

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ…

”Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya…..” (Q.s. Al-Kahfi: 60)

فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا …

”Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya, “Bawalah ke mari makanan kita…..” (Q.s. Al-Kahfi: 62)

Telah kami sampaikan pula sebelumnya tentang hadis shahih yang diriwayatkan dari Ubay bin Ka’abradhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menegaskan bahwa dia adalah Yusya’ bin Nuun.
Dan menurut Ahli Kitab (Kitab Perjanjian Lama), kenabian Yusya’ ini disepakati. Sekelompok dari mereka, yaitu kelompok Samirah, tidak mengakui kenabian seorang pun setelah Musa ‘alaihissalamkecuali Yusya’ bin Nuun, karena hal itu secara jelas disebutkan dalam Taurat. Tetapi mereka tidak mau mengakui kenabian para Nabi setelahnya, padahal mereka itu (para Nabi) benar dan dibenarkan pula oleh kitab-kitab yang ada pada mereka (kelompok Samirah). Semoga melaknat mereka secara bertubi-tubi sampai hari kiamat.
Sedangkan mengenai kisah yang disampaikan oleh Ibnu Jarir (dalam Tarikhnya) dan beberapa Ahli Tafsir lainnya dari Muhammad bin Ishaq, kenabian itu diserahkan oleh Musa kepada Yusya’ pada akhir hayatnya. Di mana Musa ‘alaihissalam menemui Yusya’ dan menanyakan kepadanya berbagai perintah dan larangan yang disampaikan Allah kepadanya (Musa). Hingga akhirnya Yusya’ menjawab,”WahaiKalimullah (orang yang diajak berbicara langsung oleh Allah-ed), sesunguhnya aku tidak bertanya tentang apa yang diwahyukan Allah kepadamu sehingga engaku sendiri yang yang memberitahukannya kepadaku. ”Pada saat itu, Musa ‘alaihissalam tidak menyukai kehidupan dan lebih suka mati. Tetapi dalam hal ini masih perlu ditinjau kembali, karena Musa ‘alaihissalam masih terus mendapatkan perintah, larangan, wahyu, syari’at dan firman Allah sampai dia meninggal dunia.

Ashabul Kahfi

Kisah penghuni gua ini diceritakan oleh ALLAH di dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al Kahfi. Mengikut cerita, terdapat seorang raja yang zalim memaksa rakyatnya menyembah berhala. Terdapat beberapa orang pemuda yang enggan mematuhi arahan raja ini. Oleh kerana mereka tidak mempunyai kekuatan, mereka lari dan membawa bersama seekor anjing , akhirnya mereka menemui sebuah gua lalu mereka terus masuk kedalam gua tersebut untuk berembunyi dari raja yang zalim itu. Olih kerana mereka amat penat lalu mereka pun tertidur selama lebih kurang 300 tahun. Apabila mereka terjaga, masing-masing pun menyangka mereka tidur sehari atau setengah hari. Olih kerana merasa tersangat lapar salah seorang daripada mereka keluar untuk membeli makanan dengan perasaan takut. Apabila pemuda itu membayar harga makanan, penjual makanan merasa hairan kerana wang yang dibayar oleh pemuda itu berusia kira-kira 300 tahun. Pemuda itu menceritakan apa yang berlaku kepada penjual itu. Kemudian pemuda itu kembali ke gua lalu menceritakan kepada kawan-kawannya bahawa mereka telah tidur lebih kurang 300 tahun. Raja yang memerintah sekarang adalah raja yang beriman dan adil. Setelah itu mereka dimatikan oleh ALLAH

Wadi Rum

dulunya tempat ni adalah markaz bagi raja Arab Saudi waktu Great Arab Revolt. Seorang omputeh wakil British telah dihantar untuk membantu Arab Saudi, T. W. Lawrence yang banyak bagi nama kat gunung-gunung kat sini. Lawrence ni lebih dikenali sebagai Lawrence of Arabia. Laknat ni lah yang telah menghasut rakyat arab tempatan untuk bangun menentang kerajaan Turki Uthmaniah dan die dianggap sebagai Hero pada ketika itu. Sama kes gak la dengan Mustapa Kamal Attaturk kat Turki.

Laut Mati

Teringat time datang ngan family
makan tepi laut mati sama2...:{
Akibat hukuman ALLAH, bumi di sekitar Laut Mati ini kering kontang, tiada suatu tumbuhan pun yang dapat hidup selain rumput - rampai, itu pun jarang-jarang kelihatan. Kawasan ini merupakan kawasan yang terendah di dunia, lebih rendah dari paras laut sedalam 1,297 kaki. Laut Mati ini yang lebarnya seluas 392 meter sebenarnya adalah tapak bagi sebuah Bandar lama di zaman kaum Nabi Lut , kira-kira 2000 tahun dahulu sebelum Masihi.
Kesan-kesan sejarah tentang kewujudan Bandar di sini membuktikan kejadian hukuman ALLAH. Juruterbang-juruterbang Amerika yang pernah terbang rendah di kawasan laut ini telah menyaksikan adanya kota lama kelihatan terbayang-bayang di dalam laut.
Di Laut Mati ini juga telah dijumpai orang sebuah batu bersurat bergulung Laut Mati ( Dead Sea Scrools ) menceritakan pada suatu masa yang silam, telah pun didirikan kota-kota di sini. Ya ! Bukan sahaja bumi di Laut Mati ini rendah tetapi peribadi umat Nabi Luth juga adalah lebih rendah daripada umat-umat yang lain. Mereka telah membelakangi fitrah manusia, dengan memuaskan nafsu dengan kaum sejenis. Akibat daripada perbuatan keji ini ALLAH telah menurunkan hujan batu dan memerintahkan Malaikat Jibril membalikkan bumi mereka.
Laut Mati amat ganjil sekali, bukan sahaja kerana airnya yang sangat masin tetapi air ini juga tidak menerima manusia sekali pun menghempaskan diri berkali-kali ke air, mereka tidak akan tenggelam, tetapi terapung dan hampir-hampir boleh berjalan di permukaan air.Yang lagi anih nya, seekor ikan pun tidak dapat hidup di sini.

Aqabah

Aqabah. memang bandar yang cantik. Seperti Malaysia. Kerajaan Jordan ingin menjadikan Aqabah sebagai bandar pelancongan bebas cukai. Aqabah ini juga berhampiran dengan Negara Haram Israel. Aqabah dan Illat, Israel dipisahkan oleh laut yang bersih. Dari tepi pantai Aqabah, kita boleh lihat bandar Illat dengan jelas.

Bercakap berkenaan dengan cukai. Kami dimaklumkan jika barang yang dibeli disini melebihi 200 Dinar akan dikenakan cukai. Jika kurang dari 200 dinar tidak akan dikenakan cukai. Barang-barang yang diimport dari Eropah akan dikumpulkan di sini. Hal ini kerana barang-barang tersebut diimpot melalui kapal-kapal laut. Almaklumlah, di sinikan ada pelabuhan. Di sini juga ada perkhidmatan feri atau bot laju untuk ke Mesir, Saudi atau Israel.

Tanah di Aqabah merupakan yang paling mahal di Jordan. Saya dimaklumkan bahawa setiap 1000 kaki persegi tanah di Aqabah harganya sekitar 1 000 000 hingga 2 000 000 Dinar Jordan! Memang mahal. Harga 1 syuqqah (Rumah pangsa) pun hampir mencecah 1 000 000 Dinar. Sebab itulah Aqabah juga dikenali sebagai "Tanah Emas".

Kedai-kedai di sini juga kebanyakannya tidak ditutup pada hari Jumaat dan hari sabtu. Teksi di sini juga lain dari yang lain. Jika di Irbid teksi berwarna kuning, di Aqabah teksi berwarna hijau tetapi tetap model Toyota Corolla.

Naik bot di Aqabah
Sebelum balik driver kitorang singgah main snow...best giler walaupun time sampai tu masih mamai..bru bangun tido...hehe

terus mata segar lepas jumpa salji..:)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ 
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal..(Ali-Imran:190) 

Buat sahabat2ku...ambillah 'ibrah dari setiap perjalanan..Ketahuilah sejarah dan pelajarilah iktibar darinya...Keseronokan sahaja tidak memberi sebarang makna jika tidak mengambil 'ibrah daripadanya...Jika keseronakan yang dicari ia akan hilang dari ingatan dengan begitu mudah  namun sebaliknya jika kita betul2 menghayati sejarah2 di bumi anbiya' ini insyaAllah ia akan terpahat di ingatan kita abadan abada jika kita tergolong dalam orang yang berakal dan bertaqwa...

Meneroka di sebalik Sejarah Palestine part 2

3 hari 2 Malam ana diberi peluang untuk meneroka sejarah palestine....walaupun banyak 'mulut2' yang berkata yang bukan2.Ana tetap dengan pendirian ana tuk melihat sendiri keadaan sebenar bandar palestin yang kini dibawah jajahan Yahudi laknatullah...

Kedamaian terasa ketika sujud di lantai Masjidil Aqso.MasyaAllah..Pemandangannya yang cukup indah dan menenangkan jiwa..Perasaan yang sama ketika menunaikan solat di Masjidilharam...sungguh indah dan tenang.

Nabi saw bersabda yang bermaksud :
اSolat di masjid al-Aqsa menyamai pahala 500 solat di masjid-masjid yang lain selain masjid Haram dan masjid Nabawi. 
(hadis sahih Bukhari dan Muslim)

dan

Dari Jabir ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Satu solat di masjid aku lebih afdhal daripada 1,000 solat di Masjid-masjid yang lain, kecuali masjidi haram (di Mekkah), dan satu solat di masjidil haram pula lebih afdhal daripada 100,000 solat di masjid-masjid yang lain"

-(HR Imam Ahmad- hadis soheh)

Persekitaran Masjid Aqso dan kubahnya..

Masjid Al-Aqso adalah tempat suci Islam di di kota lama jerusalem.Islam sebelum akhirnya dipindahkan ke Baitullah sekarang. Di tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadits shahih disebutkan sebagai salah satu daria tiga masjid yang dianjurkan untuk diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqso.

Perjalanan masuk ke pintu masuk masjidil Aqso 

Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ataupun boleh dibaca dengan ‘Baitul Muqaddas’ telah dibina sezaman dengan pembinaan Masjidil Haram di Mekah. Masjidil Haram dibina sebelum zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam, bahkan asasnya telah wujud sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis menceritakan kisah Nabi Ismail Alaihissalam.

Tiang asal pembinaan Masjidil Aqso 
oleh Nabi Sulaiman
         Masjid Al-Aqsa yang dulunya dikenal sebagai Baitul Maqdis, merupakan kiblat solat umat Islam yang pertama sebelum dipindahkan ke Ka’bah di dalam Masjidil Haram. Umat Muslim berkiblat ke Baitul Maqdis selama Nabi Muhammad mengajarkan Islam di Makkah (13 tahun) hingga 17 bulan setelah hijrah ke Madinah. Setelah itu kiblat solat adalah Ka’bah di dalam Masjidil Haram, Makkah hingga sekarang.
      Masjid Al-Aqsa saat ini adalah masjid yang dibangun  oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari zaman  Umayyah (Dinasti Bani Umayyah) pada tahun 66 H dan selesai tahun 73 H.
       Walaupun Al Quran tidak menyebut mengenai nama “Yerusalem” atau “Baitulmuqaddis“, tetapi ada hadis yang menyebut mengenainya. Menurut hadis sahih, adalah di Yerusalem Nabi Muhammad s.a.w. naik ke surga semasa peristiwa Isra’ Mi’raj.

Kota itu kemudian dikuasai oleh angkatan tentara Islam pada tahun 638M. Umar bin Khattab secara pribadi pergi ke Yerusalem untuk menerima penyerahan Yerusalem kepada kerajaan Islam. Beliau kemudian ditawarkan solat di dalam Church of the Holy Sepulcher tetapi menolaknya dan sebaliknya meminta supaya dibawa ke Masjidil Aqsa Al Haram Al Sharif. Beliau mendapati tempat itu terlalu kotor dan memerintahkan agar dibersihkan.Beliau kemudian membangun sebuah masjid kayu di tempat yang sekarang merupakan kompleks bangunan Masjid Al Aqsa.

Masjid Kubah As-Sakhrah
          Enam tahun kemudian, Qubbat As-Sakhrah dibangun. Struktur ini terdiri dari sebuah batu yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke surga semasa peristiwa Isra’ Mi’raj. Perlu diingatkan bahwa kubah yang berlapis emas dan berbentuk oktagon ini tidak sama seperti Masjid Al Aqsa di sebelahnya yang dibangun tidak lama kemudian. Semasa pemerintahan awal Islam, terutama semasa pemerintahan kerajaan Ummaiyyah (650-750) dan kerajaan Abbasiyyah (750-969), kota Yerusalem berkembang. Banyak orang berpendapat bahwa Yerusalem pada ketika itu merupakan tanah yang paling subur di Palestina.

Peristiwa Bersejarah pada 21 Ogos 1969 di mana seorang bangsa Yahudi warga Australia, Denis Rohan, telah mengambil tindakan membakar Masjid al-Aqsa.

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun 620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram, Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah.

Malaikat Jibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujung Masjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernama Al Buraq. Rasulullah kemudiannya menaiki Al Buraq yang kemudian membawa baginda ke Masjidil Aqsa diBaitulmuqaddis dalam sekelip mata.

Apabila tiba di Baitulmuqaddis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu. Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dan nabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda.

Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkuk arak dan semangkuk susu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata “Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar“. Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umat Islam.
Tempat ini dikatakan turunnya buraq yang
membawa rasulullah ketika peristiwa israk dan mikraj
Di sini timbulnya salah faham dengan apa yang diceritakan oleh tourist guide kami  yang merupakan penduduk Palestin yang mengatakan bahawa kisah batu buraq ini hanya rekaan...
memang ramai yang bertanya dan berminat dengan kisah batu ini. Namun ianya hanya dongeng semata-mata. Beliau sendiri tidak tahu bagaimana kisah seperti itu tersebar dikalangan orang Islam.

Memang terdapat batu besar di tengah tengah masjid ini (seolah-olah seperti batu Safa Marwah di Mekah, terdapat sebuah terowong untuk turun ke bawah, di bahagian bawah ini terdapat tempat sembahyang untuk kira-kira 20 orang.wallahua'alam...

Mimbar yang dibina semula

 Palestin, Masjid Al-Aqsa berada pada kedudukan yang terhormat di hati kaum Muslimin seluruh dunia. Pada 21 Ogos 1969, Dennis Michael (yahudi Australi) telah membakar Majidil Aqsa. Api yang besar telah membakar ruang-ruang masjid, dinding, tembok dan termasuklah mimbarnya yang bersejarah bagi umat Islam, Mimbar Salahuddin, mimbar yang pernah digunakan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi untuk berkhutbah setelah berjaya membebaskan Palestin dari tentera salib. Dengan bantuan Allah, api dapat dipadamkan dan Masjid Al-Aqsa masih dapat dilihat dilihat sehingga ke hari ini.

Pengajian selepas solat maghrib..
suasana yg sungguh menenangkan..

Bahagian dalam Masjidil Aqso 
Diluar Masjidil Aqso dijaga ketat oleh tentera2 israel..disamping Masjidil Aqso ana juga berkesempatan melawat the wailing wall...Orang Yahudi mendakwa, inilah dinding istana Nabi Sulaiman. Istana Nabi Sulaiaman dua kali telah dihancurkan, pertama oleh Nabucatnizar dan kedua oleh tentera Rom di bawah arahan Titos pada tahun 70 m. Mereka sedang berusaha membangunkan untuk kali ketiga istana Nabi Sulaiman ini. 
 Tembok Meratap atau Tembok Barat  ialah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Raja Salomo (Nabi Sulaiman a.s.), putera Nabi Daud. Bait Suci itu hancur ketika Israel diserbu tentara Rom pada tahun 70 Masihi.
Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja.
Orang Kristian dari seluruh negara datang beribadat disini
Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah berdiam "Shekhinah" (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi). Jadi, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.Tembok ini dulunya dikenal hanya sebagai Tembok Barat tetapi kini disebut "Tembok Ratapan" kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan.
Selain mengucapkan doa-doa mereka, orang Yahudi juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.
Dinding ini dibahagi dua dengan sebuah pagar pemisah untuk memisahkan laki-laki dan perempuan. Orang Yahudi Ortodoks percaya bahawa mereka tidak boleh berdoa bersama-sama dengan kaum perempuan.
Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar (Qubbat As-Sakhrah) serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.

Jadi, apa pendapat korang tentang tembok ini? Apa pula kaitan dengan facebook?  ada kaitan?

Gereja di bahagian dalam wastern wall

Holy water

Replika kelahiran Nabi Isa

Bagaimana keadaan saudara-saudara kita disana. Kita disini hidup senang, sedangkan mereka di sana serba kekurangan. Mari kita sama-sama mengingati dan menginsafi keadaan mereka di sana.

Kini, bumi Palestin yang dahulunya luas terbentang, hanya tinggal sekangkang kera. Berjuta umat Islam telah dihalau keluar dari bumi kelahiran mereka sendiri. Bumi anbia' itu hanya menanti dan menunggu tindakan kita. Adakah kita ambil tahu mengenainya atau buat bodoh je. Saidina Umar dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi telah berusaha keras berjuang membebaskan Palestin. Kenapa tidak kita ?

bersyukur padaMu Ya Allah kerana negara ku ini masih lagi aman. Tapi, kebebasan Palestin, tetap akan ku perjuangkan...Kerana Allah kita mara...

~kena buka purdah time imigresen di israel memang pengalaman yg sangat....@#@#%^&*.~
~banyak kali plak tu dya suruh buka,so hati2....= ='~

kota lama palestin
selalunya time cuti2 pergi melancong tuk bersuka ria tapi kali semata-mata hanya beribadat dan menghayati
keperitan hidup umat Islam..semoga mengambil 'ibrah dalam setiap perjalanan dan penerokaan..

wassalam...:)

29 Januari 2012

Meneroka di sebalik Sejarah Palestine part 1

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَسْجِدِ الْأَقْصَى

"Tidaklah ditekankan untuk berziarah kecuali untuk mengunjungi tiga masjid, Masjidil Haram, Masjid Rasul shallallahu 'alaihi wasallam dan Masjidil Aqsha"

Ana rasa sangat bertuah kerana diberi peluang tuk melawat ketiga-tiga tanah haram di usia yang muda.Tanggal 20 Januari 2012 merupakan hari keberangkatan ana ke bumi Palestin.Sebuah tempat yang ana nanti-nantikan sekian lama.

Israel adalah nama yang mulia , nama yang di sebut dalam al Quran. Sebenarnya Israel adalah nama bagi nabi Yaa`qub `alaihis salam. Dalam al Quran kita sering bertemu ayat : Yaa Banii Israail " . Maksudnya ialah Wahai anak-anak ( zuriat ) Israel ( Yaa`qub ).

Oleh itu ana harap tidak ada mana-mana pihak lagi menyebut Israel atau negara Israel atau orang Israel tetapi gunalah perkataan Yahudi kerana Israel adalah nama yang mulia.

Oleh kerana Israel nama yang mulia dan disebut oleh ALLAH dalam al Quran maka masyarakat Yahudi tidak menamakan negara yang mereka rampas sebagai " Yahudi " atau " Yahuda " atau " Zion ' , tetapi meeka menamakannya dengan Israel supaya masyarakat dunia memuliakan mereka sebagai zuriat Nabi Yaa`qub `alaihis salam. OLeh itu kita sebagai umat Islam wajar memanggil mereka dengan " orang Yahudi ".

Begitu juga sepatutnya kita memanggil negara yang mereka rampas sebagai Baitul Maqdis, bukan Israel. Begitulah pandangan ulama besar diantaranya guru saya Sheikh al `allamah `Umar Muhammad Al Fualaatah. WALLAAHU `AA`LAM.

Ada beberapa ulama yang mengharamkan melawat Baitul Maqdis kerana kata mereka Baitul Maqdis terletak dibawah naungan Yahudi , mungkin wang cukai yang kita bayar kepada mereka digunakan untuk menyerang rakyat Palestine. Antara ulama yang berpendapat demikian ialah Dr Yusuf AlQaradhawi.

Ada sebahagian lagi ulama diantaranya sebahagian ulama` Jordan mengatakan tidak haram kerana inilah satu-satu peluang kita seumur hidup untuk melawat Baitul Maqdis kerana apabila kerajaan mengharamkan melawatnya kita tidak ada peluang lagi . Sejak tahun 1967 apabila seluruh Baitul Maqdis jatuh ke tangan Yahudi laknatullaah dalam peperangan 6 hari rakyat Jordan tidak lagi boleh melawat Baitul Maqdis , yang mana sebelum itu Baitul Maqdis timur atau Old Jurusalem terletak dibawah pengawasan atau kawalan kerajaan Jordan. Manakala New Jurusalem pula didalam kawalan Yahudi. Ini agak pelik ya! Baitul maqdis lama sebenarnya ialah sebuah kota lama seluas 11 kilometer persegi. Didalam kota ini terletaknya Masjid Umar ( Dome of The Rock ) , Al Masjidil Aqsa dan juga tempat suci golongan Yahudi iaitu Wailing Wall, juga tempat-tempat suci penganut agama kristian. Jadi Kota lama ini terletak dibawah penguasaan kerajaan Jordan . Yang berkawal dalam kota ini adalah askar-askar Jordan. Manakala di luar kota pula dikawal oleh tentera-tentera Yahudi Laknatullaah `alaihim.

Perjalanan dari irbid yang memakan masa hanya
lebih kurang sejam lebih sambil menghayati panorama
indah sepanjang perjalanan

90% daripada orang yang melawat Baitul Maqdis adalah terdiri daripada orang Kristian dari seluruh dunia. Bagi orang Kristian ini adalah kawasan suci mereka. Mengikut kepercayaan mereka, di kawasan inilah Nabi Isa disalib dan disinilah juga makam Nabi Isa.

Bagi kita orang Islam pula, tempat ini adalah Kiblat pertama orang Islam iaitu Masjid Al-Aqsa dan perkara penting yang kedua adalah peristiwa Nabi naik ke langit dari tempat ini sewaktu peristiwa Israk Mikraj, proses imigrasi memakan masa kira-kira 2 jam. Namun mengikut cerita yang ana dengar ia boleh memakan masa sehingga 6 jam lamanya. Ada pula cerita orang yang tidak dibenarkan masuk langsung.

Kami melalui kawasan padang pasir yang dipanggil “no man’s land” dan kemudian bukit bukau dan setelah kira-kira dua jam

No man's land
hanya bukit bukau dan padang pasir
Pada hari pertama sampai setelah makan tengah hari ana dan sahabat2 pergi melawat makam Nabi Musa a.s.

Mengikut kepercayaan Kristian..

Nabi Musa digelar 'Moses'...Pada awalnya,ceritanya hampir sama dgn cerita yg dikatakan oleh org Islam..Sehinggalah isteri Firaun memberi tahu tentang dia berjumpa Nabi Musa(Moses)...mengikut Kristian,Firaun dgn sukacitanya menerima Moses untuk menjadi anak angkatnya...

Sebelom Moses menyebarkan agama,bapanya telah mati dan digantikan oleh anak kandung Firaun...Anak kandong Firaun ini adalah kwn yg paling rapat dgn Moses ketika kecil..

Setelah Moses menyebarkan agama,Firaun(anak kandung bapa angkat Moses) memanggil org2 untuk mengejar Moses dan pengikut2 nya..

Moses membelah laut menggunakan tongkatnya...mereka melaluinya..Kemudian Moses menutup balik laut itu dan tengelam lah Firaun bersama org2..

Mengikut kepercayaan kristian ini
merupakan tempat nabi musa naik ke langit..
dan mereka akan mengkucup tempat ini...

Seterusnya ana dibawa melawat ke makam Rabiatul Adawiyah dan Nabi Ibrahim a.s serta Nabi Yusuf a.s

Subhanallah..teringin sekali menjadi seperti
Rabiatul Adawiyah

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang bila disebut amaAllah,gementar hati mereka, dan bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah imannya. Dankepada Tuhannya mereka bertawakkal,”

Menurut seorang ulama seangkatan dengan Rabiatul Adawiyah, Sufyan Thauri, seorang ulama hadis yang sangat alim pada masa itu, orang yang terhindar dari kesenangan duniawi,maka ia tidak suka memakai pakaian yang mewah dan mahal. Tambah beliau, inilah yangdiamalkan oleh ahli sufi [Rabiatul Adawiyah].

Dengan adanya kenyataan yang dibuat oleh Sufyan Thauri, jelaslah bahawa Rabiatul Adawiyah telah mengosongkan hatinya dari segala-galanya kecuali yang dikasihi.Beliau telah menyerahkan seluruh dirinya pada Pencipta yang Maha Esa. Dan kerana cintanya yang begitu mendalam, beliau tidak peduli akan kekayaan dunia. Apa yang lebih penting adalah untuk menempatkan diri lebih dekat di sisi Allah S.W.T.

Nabi Ibrahim a.s dan isteri baginda Siti Sarah

Makam Nabi Ibrahim

Baginda datang ke Hebron dengan sepupu baginda Nabi Lut a.s. Mereka berdua adalah ahli perniagaan yang berjaya.
Sesampainya ke Hebron, baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah manakala Nabi Lut a.s telah melanjutkan perjalanannya ke Kota Sodum (tapak laut mati sekarang).

Nabi Ibrahim kemudiannya ke Mesir. Sampai di Ber Siva ini baginda bertemu dengan seorang raja yang akan suka meniduri isteri orang. Ketika ditanya kepada Nabi Ibrahim, adakah Sarah isterinya, maka Nabi Ibrahim menjawab bahawa Sarah ialah adiknya. Maka pasangan ini tidak digangu. Selepas beberapa ketika di Mesir, maka Nabi Ibrahim kembali ke Hebron. Sekembalinya ke Hebron baginda berkahwin pula dengan Siti Hajar.

Dari Siti Hajar lahirlah Nabi Ismail dan dari Siti Sarah lahirlah Nabi Ishak. Nabi Ismail kemudiannya dibawa ke Mekah bersama ibunya. Dari keturunan Nabi Ismail lahirlah bangsa Arab.

Makam Siti Sarah

Nabi Ishak masih tetap di Hebron. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Rifqah (Rebecca) dan mendapat anak bernama Ya'kub. Nabi Ya'kub inilah bapa kepada Bani Israel.

Nabi Ya'kub berkahwain dengan Liqiyyah (Liyah) mendapat anak seramai 12 orang yang akhirnya dinisbahkan 12 suku Bani Israel. Salah seorangnya adalah Nabi Yusuf.

Makam isteri Nabi Ishak bersebelahan
dengan makam Nabi Ishak

Makam Nabi Ishak a.s

Ketika kecil Nabi Yusuf telah dibuang ke perigi, baginda telah diambil oleh pedagang dan dibawa ke Mesir. Secara ringkasnya, setelah dewasa, akhirnya Baginda Yusuf menjadi menteri dan membawa seluruh keluarganya ke Mesir. Bermulalah sejarah Bani Israel di Mesir.

Selama beberapa keturunan mereka di sana, menjadikan mereka menguasai Mesir dan bersikap sombong. Bangsa Qibti yang memang berasal dari Mesir ini akhirnya menjadikan mereka hamba. Semakin hari semakin tertekan hinggalah sampai zaman firaun dan Nabi Musa. Nabi Musalah yang membawa 12 suku Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke Palestin.

Nabi Musa wafat sebelum sempat membawa Bani Israel masuk ke Palestin. Misinya diteruskan oleh anak muridnya Nabi Yusyak (makamnya ada di Jordan). Ketika itu Palestin telah ada penduduk asal iaitu bangsa Kan'an. Bangsa inilah penduduk asal Palestin.

Mereka duduk aman damai hinggalah mereka ditindas oleh seorang penguasa jahat bernama Jalut. Bani Israel melalui Nabi mereka bermunajat pada Allah supaya diutuskan seorang pemimpin, maka Allah mengutuskan seorang pemimpin bernama Talut. Berperanglah keduanya. Orang yang dapat membunuh jalut ialah seorang keturunan Israel bernama Nabi Daud.

Makam Nabi Yunus a.s

Bagi mengenang jasa, Nabi Daud telah berkahwin dengan anak Talut. Ketika Talut meninggal, maka Nabi Daud menaiki tahta dan Nabi Daud merupakan raja pertama bagi Bani Israel. Kerajaan ini diganti oleh anaknya Nabi Sulaiman. Pada tahun 967 s.m (sebelum masihi), Nabi Sulaiman mendirikan istananya yang besar untuk semua beribadah kepada Allah.

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, maka tahta ini diganti oleh keturunan Bani Israel hinggalah tahun 586 s.m apabila kota Jerusalem dihanguskan oleh seorang raja bernama Nabuchatnizar dari Iraq. Raja ini juga telah menghancurkan istana Nabi Sulaiman. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa hinggalah Rom menawan mereka.

Pada tahun 37 s.m, Rom telah melantik wakilnya dari Bani Israel iatu Raja Herod untuk membantu memerintah Palestin. Ketika inilah Raja Herod membangunkan kembali Istana Sulaiman. Ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod cuba membunuh Nabi Isa kerana berpendapat bahawa Isa akan merampas tahtanya ketika besar nanti. Nabi Isa dilarikan ke Mesir selama dua tahun dan kembali ke Palestin setelah Raja Herod mati. Nabi Isa kemudiannya dibesarkan di Nazareth.

Herod digantikan oleh anaknya iaitu Raja Herod Agripa dan terjadilah peristiwa pembunuhan Nabi Zakariya, Yahya dan pemburuan Nabi Isa. Nabi Isa kemudiannya diangkat Nabi Isa ke langit.

Sebagai kehinaan dari Allah, Rom akhirnya tidak mempercayai Herod Agripa dan pada tahun 70 m (masihi) Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Sejak tahun 70 m inilah, Bani Israel keluar dan duduk di merata-rata tempat. Mereka tidak berani untuk datang ke Palestin kerana takutkan Rom.

Mereka menunggu kedatangan Nabi akhir zaman yang diisyaratkan lahirnya dibumi Tihamah iaitu tanah rendah yang banyak pokok tamar. Mereka mencari di mana Tihamah ini. Akhirnya, mereka berpendapat Tihamah ialah Madinah Munawwarah. Pada ketika itu nama tempat ini ialah Yathrib. Bani Israel beramai-ramai pindah ke Madinah, beranak pinak di sana kerana mengharapkan Nabi akhir zaman lahir dari Bani Israel. Rupanya Allah menghendaki bahawa nabi akhir zaman lahir dari bangsa Arab.

Masjid Nabi Yunus yang telah
dimusnahkan oleh orang yahudi..hanya tinggal gambar tuk
dijadikan tatapan..
Adakah kita tidak mempunyai
perasaan apa2..?? tepuk dada tanya iman..
Sebahagian besar Bani Israel menolak kenabian Muhammad saw dan bagi mereka yang tidak beriman inilah, digelar oleh Allah sebagai Yahudi. Kemuncak penentangan mereka ialah apabila mereka cuba mengkhinatai Nabi saw dan akhirnya mereka semua diperangi dan keluar dari Madinah.

Yahudi duduk bersepah-sepah. Mereka hanya kembali ke Palestin pada tahun 1187 m apabila Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib. Istana Sulaiman yang dihancurkan pada tahun 70 m ini habis dan hanya tinggal sekeping tembok (walling wall) sekarang menjadi tempat ibadah mereka.

Propoganda untuk menubuhkan negara Israel telah bermula dihujung kurun ke 19 dan akhirnya dengan bantuan British, pada tahun 1948, negara Israel telah ditubuhkan.

Dari rentetan sejarah ini, jelaslah bahawa, Israel hanyalah pendatang. Palestin bukan tanah asal mereka. Bangsa Kan'an (orang Palestin sekarang) adalah penduduk asal tanah ini.

Mereka sedang berusaha menipu sejarah dengan menyatakan bahawa merekalah penduduk asal tanah ini.

Walau apa pun, kesombongan mereka menyebabkan mereka menganggap bangsa lain adalah setaraf binatang. Mereka menganggap mereka bangsa pilihan, mereka menganggap mereka dijadikan khas oleh tuhan dan merekalah satu-satunya bangsa yang boleh menegur tuhan.

Sesungguhnya, al-Quran menyatakan bahawa, orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa. Mulia tidak terletak kepada keturunan. Ia terletak kepada iman di dada. Walau apa bangsa dan keturunan pun, jika beriman, maka mereka mulia di sisi Allah.

Semoga Allah memberikan kita rezki keimanan untuk terus menjadi hamba Allah yang baik. Semoga selamat di dunia dan selamat di akhirat.

~sempat rakam cara2 org palestine buat kaca secara tradisional....sorii..sound xde..

will be continued...

27 Januari 2012

"maafkan sy awak"

Maafkan saya kalau nampak sy seolah-olah xlayan awak..
Sy tahu awak berkecil hati ngan sy

sy x sngka awk mampu tnggu sy brthun2..
sedangkan msej yg sy reply bleh kira dgn jari..

memang sy seorang pemalu..
tp bukan itu persoalannya..
apa yg penting hati kita terjaga.

bersabarlah sehingga harinya tiba,insyaALLAH sy akan ganti semua tu balik
Maafkan sy sngt2..

pic guy ni mmg nmpk mcm gaya awk..:)

15 Januari 2012

~Kesepian yang melanda diriku~

Sejak akhir2 ini ntah kenapa ana terasa kesunyian
yang teramat sangat....
hati terasa sangat hiba,sayu dan pilu
tiada warna-warni yg membuatkan hidup ini ceria...
suka duka hanya ana sendiri yang lalui
kadang-kadang hati ini bertanya...
kenapa kesepian ini tidak pernah berlalu pergi...
bila sunyi mula memikirkan sesuatu yang sebelum ni tak pernah pun terfikir...
bila bersendirian...
ana terfikir sesuatu yang...
mungkin ada hikmah disebaliknya kenapa Allah
biarkan aku sebegini...
mungkin supaya ana sentiasa mengingatiNYA dan
sentiasa bermuhasabah diri...
kadang2 kecewa memaksa air mata menitis hiba

Ana mula menyedari sesuatu...
sekarang ana sudah sedar
apa yang dimaksudkan dengan
..................................
"TAZKIYATUN NAFSI"
dan ana dah bersedia tuk menghadapi
segala kesedihan dan kesepian...
berusaha tuk jadi yang terbaik...
InsyaAllah...
dunia dah berada di penghujung...
manusia takkan selamanya bersama kita
melainkan kepadaNYA
kita akan dikembalikan....

Dunia ini hanya persinggahan....walaupun perit
cubalah tuk tersenyum dengan
ujian yang diberikanNYA....:)

Ya Allah,kurniakanlah rahmatMU kepada hambaMU ini
Jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur atas segala nikmatMU
Tabahkanlah hatiku untuk menempuhi segala apa yang terjadi
Kuatkanlah keimanan dan kesabaranku untuk menempuhi segala ujianMU
Aminnnn...